Man City Melangkah Mudah Ke Final Carabao Cup 2018 2019

Juara bertahan itu layak ke Final setelah menewaskan Burton 1 – 0 dalam separuh akhir kedua, dengan aggregat 10 – 0.

Mendahului dengan aggegat 9 – 0 dalam perlawanan pertama, Sergio Aguero meledakkan jaringan tunggal perlawanan pada minit ke 26 di saat Burton mahu mengelakkan perkara yang sama berulang di Etihad.

Namun mereka tidak dapat mencipta rekod baru dalam jurang gol pada perlawanan separuh akhir Piala Liga, dengan Everton, West Ham United, Watford dan Liverpool sebelum ini dengan masing masing 11 gol.

Kemenangan ini membolehkan skuad Pep Guardiola akan cuba mencipta sejarah menjadi pasukan Man City pertama yang mempertahankan kejuaraan dengan menanti lawan mereka samada Chelsea atau Spurs di perlawanan akhir.

ADMIN

Liverpool sebelum ini pernah 2 kali mencatatkan rekod 11 gol, dengan menumpaskan Exeter City 5 – 0 dan 6 – 0 pada 1981/1982 serta Fulham dengan jaringan 10 – 0 dan 3 – 2 pada 1986/1987.

Sumber : Sky Sports

Post Author: Mohd Nuruzzaman