Man United Bermain Di Tahap Terbaik – Realitinya Mereka Masih Gagal Menewaskan Liverpool

Liverpool bermain dalam perlawanan yang agak buruk semalam, namun masih mampu tersenyum ketika melangkah keluar dari Old Trafford. 

Para penyokong pasukan pelawat masih gembira dengan apa yang mereka raih di stadium keramat seteru abadi Liverpool semalam.

Keputusan seperti ini yang harus dimiliki oleh Liverpool menjelang Mei nanti. Pasukan yang mahu memburu kejuaraan tidak akan berputus asa dan mereka telah tunjukkan sekali lagi di Old Trafford. 

Namun Liverpool memperagakan sekali lagi persembahan yang kurang baik dan realitinya Man United bermain dengan sangat baik – tetapi masih gagal menewaskan Liverpool di halaman sendiri. 

Ini menjelaskan terdapat jurang antara kedua dua pasukan ini, dan juga sebab mengapa Liverpool masih berkelebihan 6 mata di persada liga dan United masih bergelut dengan prestasi buat masa sekarang. 

Peminat United mungkin gembira dapat melihat pasukan mereka meraih 1 mata – namun akhirnya mereka terpaksa sedar bahawa peluang untuk meraih 3 mata penuh dipersia siakan berdasarkan persembahan pasukan mereka yang cemerlang. 

Jurgen Klopp mungkin meninggalkan Old Trafford dengan perasaan marah terhadap VAR tetapi lega untuk mendapatkan keputusan seri ketika ini. 

Samada kita atau Klopp sukakan atau tidak, VAR menentukan keputusan segala galanya. Pengadil dan VAR terpaksa mengikuti panduan dan rujukan mengenai bolasepak, dengan pengadil Martin Atkinson membuat keputusan untuk tidak memberikan sepakan percuma buat Liverpool dan membatalkan gol Sadio Mane selepas itu. 

Berbeza pula dengan Ole yang akan kecewa dengan keputusan ini meskipun bermain dengan penuh semangat, tersusun, penuh bertenaga tetapi dalam masa 5 minit terakhir mereka berada dalam kedudukan yang mereka sendiri tidak mahukan sepanjang perlawanan itu. 

Tetapi secara realitinya Ole berjaya mengakhiri rekod kemenangan 17 perlawanan Liverpool sekaligus menafikan Klopp untuk menyamai pencapaian Pep Guardiola di Man City dengan 18 kemenangan berterusan.

Permainan Liverpool yang sangat cuai dalam separuh masa pertama, gagal bertukar tukar hantaran dengan baik dengan ketiadaan Mo Salah sedikit sebanyak menjejaskan tempo permainan. 

Berbanding dengan United mereka mengejar bola dan mengucar gacirkan pergerakan Liverpool. Marcus Rashford sering berada dalam kedudukan terbaik untuk mengejar bola dengan disokong Daniel James sering berlari ke sana sini. Harry Maguire sebagai penanda aras tiga pertahanan tengah dan Aaron Wan Bissaka pula sangat bagus di bahagian kanan. 

Tenaga dan sifat melawan United ini menyebabkan Trent dan Robertson gagal bermain seperti sebelumnya, dan kadangkala terpaksa bertahan di kawasan sendiri. 

Liverpool sendiri mempersia siakan peluang untuk mendahului apabila hantaran Mane kepada Firmino di kawasan gol Man United hanya disepak lemah dan mudah buat De Gea. 

Malahan mereka sendiri dihukum oleh Victor Lindelof yang didakwa menjatuhkan Origi namun sebaliknya memenangi bola. Lorongan kepada McTominay dan seterusnya untuk James membolehkan Rashford menjaringkan gol pendahuluan. 

Ianya pasti sukar mendengar bahawa ia merupakan foul, dan Klopp sendiri marah dengan keputusan pengadil. Namun VAR ada panduan tersendiri dan jaringan itu kekal. 

Seperti meletakkan garam pada luka Liverpool, jaringan Mane pula dibatalkan sejurus selepas itu oleh VAR kerana jelas terkena tangan beliau ketika menerima hantaran jauh Matip dan bergelut dengan Lindelof. 

Liverpool menjadi lebih baik di separuh masa kedua, dengan Man United mula letih dengan satu percubaan Marcus Rashford yang betul berbahaya. 

Tetapi Klopp lebih bijak dengan membawa masuk Alex Oxlade Chamberlain, Adam Lallana dan Naby Keita selepas itu. 

Pada minit ke 85, Keita menemui Robertson yang tidak dikawal di sebelah kiri – mungkin pertama kalinya dalam perlawanan itu. Beliau mempunyai ruang untuk melakukan hantaran yang gagal dibaca oleh Marcus Rojo dan Ashley Young dengan membolehkan Lallana mencelah sekaligus menjaringkan gol penyamaan. 

Ianya merupakan gol pertama Lallana sejak Mei 2017, dan mungkin menjadi gol penting dan gol penentuan untuk musim ini buat Liverpool. 

ADMIN

Ada rugi di pihak Liverpool, dengan jarak mata mula berubah kepada 6 tetapi Man United telah mempersia siakan peluang untuk memperbaiki kedudukan liga. 

Dan tinggal 2 pasukan “Big 6” yang dihadapi Liverpool untuk separuh musim ini …..

Sumber : Daily Mirror

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman