Manuel Pellegrini ‘Gembira’ Dapat Menentang Liverpool Di Awal Musim

Pengurus West Ham United, Manuel Pellegrini berkata, :

Adalah sangat baik untuk menentang Liverpool di awal musim.

Manuel Pellegrini telah menunjukkan kegembiraan beliau dalam menghadapi Liverpool pada awal permulaan musim Premier League 18/19.

The Hammers mensasarkan musim baru ini menjadi satu musim yang lebih baik, setelah menandatangani 9 pemain baru pada jendela perpindahan baru-baru ini. Walaubagaimanapun, pasukan dari Timur London ini akan lebih diibaratkan sebagai pasukan ‘bawahan’ dalam pertembungan menentang Liverpool di Anfield pada malam ini.

Tapi, itu tidak menjadi persoalan besar bagi Pellegrini sendiri. Yang lebih berpuas hati kerana dapat mengadakan perjalanan awal ke halaman pasukan gergasi Merseyside nanti.

Pada sidang media pra perlawanan, pengurus tersebut memberitahu pemberita, pada satu-satu masa semestinya West Ham perlu juga untuk mengadakan perlawanan di halaman Liverpool. Oleh itu, lebih baik bagi West Ham sendiri untuk berdepan dengan Liverpool di awal musim. Walaupun beliau sedar, yang Liverpool kini dalam ‘mood’ yang terbaik. Dengan apa yang Liverpool perolehi hasil daripada masuk ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim lepas.

Bagi Pellegrini juga, beliau merasakan dalam bola sepak, keputusannya boleh bergantung kepada 2 atau 3 bola yang berubah. Dengan itu, beliau yakin skuadnya mempunyai bekalan yang cukup untuk datang ke Anfield. Seterusnya, melihat apa yang dapat mereka lakukan.

Pellegrini, yang telah menggantikan David Moyes dan menyertai West Ham pada 22/5/2018, dengan perjanjian selama 3 tahun.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : West Ham United

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds