Marko Arnautovic : Saya Tidak Gentar Berhadapan Dengan Virgil Van Dijk

Beliau sedar bahawa beliau akan berhadapan dengan pemain pertahanan termahal di dunia.

Dan beliau menyatakan bahawa West Ham mampu untuk mengekang momentum kemenangan Liverpool pada perlawanan di Anfield esok.

Beliau mengakui bahawa penyerang prolifik Klopp seperti Mo Salah, Firmino dan Mane boleh disekat oleh barisan pertahanan West Ham dan mereka juga mampu untuk melukakan ramai peminat Liverpool di halaman sendiri.

Javier Hernandez dan Joao Mario telah menunjukkan sesuatu apa yang mereka mampu lakukan, dan ianya bakal ditambah lagi dengan kehadiran Lanzini yang kembali cergas selepas kecederaan hamstring. West Ham juga berjaya mencatatkan dua keputusan seri ketika pertemuan kedua dua pasukan sebelum ini di Anfield.

Menurut Arnautovic :

“Kami sedar mereka mempunyai barisan serangan yang bagus, namun kami juga mempunyai barisan serangan yang mampu menjaringkan gol”.

“Ianya akan menjadi perlawanan yang menarik. Ianya sukar namun kami mahu mengekalkan rekod tanpa bolos dan di bahagian penjaring semuanya terletak di atas  bahu kami sendiri”.

“Saya pernah bermain di Anfield ketika di Stoke dan ianya bukan mudah untuk bermain di sana. Kami tahu Liverpool merupakan salah satu pasukan yang bagus di EPL, terutama dengan pemain yang mereka miliki dan juga situasi keputusan perlawanan sebelum ini”.

“Namun saya berpendapat kami juga sudah lakukan yang terbaik dalam dua perlawanan sevslumnya dan kami cuba meraih sesuatu keputusan yang bagus di sana”.

Arnautovic telah membantu West Ham keluar dari zon penyingkiran dengan 7 jaringan dan 3 bantuan gol dari 9 perlawanan. Beliau juga sedar bahawa beliau akan berhadapan dengan pertahanan bernilai £75 juta esok.

ADMIN

Kita akan lihat siapa yang berjaya memenangi perlawanan di Anfield esok. Diharap tuah akan menyebelahi Liverpool untuk 3 mata penuh.

Sumber : James Pearce – Echo

Related posts