Marko Grujic Dicalonkan Untuk Pemain Muda Terbaik Eropah

Sebelum ini anugerah itu pernah diberikan kepada Raheem Sterling dan Mario Balotelli.


Pencalonan ini dibuka untuk pemain muda terbaik yang di bawah 21 tahun di seluruh Eropah.

Pemain berusia 20 tahun ini baru sahaja memenangi kejuaraan liga bersama Red Star Belgrade dan seterusnya melengkapkan perpindahan ke Liverpool musim ini.

Sejak menyertai Liverpool, beliau telah menunjukkan aksi memberangsangkan dan menjaringkan 3 gol ketika perlawanan persahabatan pramusim,   terutama ketika menentang Barcelona di Wembley.

Antara calon yang tersenarai dalam pencalonan itu adalah Mahmood Dahoud yang menjadi sasaran Liverpool, Delle Alli,  Kelechi Eheanacho, Marcus Rashford dan Alex Ewobi.

Pemain dari Bundesliga lebih menyerlah dengan 10 pencalonan daripada 40 pencalonan awal.

js96466283
Marko Grujic tersenarai dalam senarai awal pencalonan Pemain Muda Terbaik Eropah. Sumber : Liverpool Echo

ADMIN

Tahniah Marko Grujic.  YNWA.

( Sumber : Liverpool Echo )

Post Author: Mohd Nuruzzaman