Marko Grujic Dilihat Mempunyai Peranan Yang Besar

Marko Grujic disokong untuk memberi impak di Liverpool pada musim hadapan. Pemain tengah berasal dari Serbia itu dipinjamkan ke Cardiff pada Januari lalu sehingga hujung musim ini dan Klopp menuntut agar pemain berbakat besar itu akan beraksi bersama pasukan utama pada musim hadapan.

Grujic ketika ini masih lagi belum memulakan perlawanan di Liga Perdana sejak Klopp menjadi pengurus pada Oktober 2016.

Pemain kebangsaan Serbia tersebut yang akan berumur 22 tahun pada jumaat ini, beraksi untuk Bluebirds dan telah pun berperanan menjadi kunci utama untuk pasukan tersebut untuk membawa Cardiff kembali dipromosikan untuk ke Liga Perdana pada musim hadapan.

Grujic beraksi sebanyak 13 daripada 16 perlawanan sejak berpindah ke kelab yang berada di selatan Wales tersebut, walaupun dia pemain gantian yang tidak digunakan ketika kemenangan 2-0 keatas Norwich City pada minggu lalu yang meletakkan pasukan kendalian Neil Warnock itu mendahului dua mata daripada pasukan ditangga ke-4 dan berkelebihan 1 perlawanan didalam tangan.

Dejan Lovren percaya kepada pemain rakan sepasukannya ini telah meningkatkan peluangnya untuk beraksi bersama pasukan utama walaupun bermain di liga divisyen dua.

“Saya amat gembira untuk Marko yang bermain baik di Cardiff dan berharap agar merka dapat berada di Liga Perdana pada musim hadapan.”

“Dia masih muda dan jaring bermain disini, jadi saya fikir ianya satu keputusan yang tepat baginya untuk ke Cardiff dan bermain untuk mendapatkan minit permainan.”

“Saya melihat golnya ketika menentang Barnsley dan saya amat gembira dia melakukannya dengan baik disana.”

Lovren menambah :

“Melangkah dari Liga Serbia ke Liga Perdana adalah satu langkah yang besar untuknya jadi setahun setengah adalah mengenai tempoh penyesuaian diri.”

“Mudah-mudahan dia akan bertambah bagus pada musim hadapan dan memainkan peranan yang besar disini kerana saya tahu pengurus memikirkan masa depannya.”

Lovren yang ketika ini sedang mengalami pemeriksaan kesihatan setelah mengalami kecederaan pada perlawanan minggu lalu.

Semoga beliau cepat sembuh.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : ECHO

Related posts