Mateo Kovacic Ke Liverpool : Sumber Terlalu Lemah

Akhbar media di England menyatakan tentang wujudnya usaha Liverpool ingin dapatkan Mateo Kovacic.

Apa yang menariknya, media England in mengambil daripada sumber akhbar Sepanyol, Diario Gol, yang tidak diketahui kredibiliti kebenarannya.

Tajuk yang digunakan lebih ekstrim iaitu “Liverpool Verbally Agreed With Kovacic” atau “Liverpool Telah Bersetuju Secara Verbal Dapatkan Kovacic”.

Ternyata tiada sebarang maklumat yang diceritakan oleh mana-mana sumber yang boleh dipercayai.

Dan yang terbaru semalam, James Pearce ada menyatakan tentang Jurgen Klopp tidak berhasrat untuk menambah pemain di kawasan sayap dan hanya ingin menambah di bahagian tengah.

Pemain Croatia ini dominant di bahagian sayap Kiri Dan tengah.

Walaubagaimanapun, jika dinilai daripada “style” dan abiliti, Kovacic bukanlah hampir sama dengan Naby Keita, pilihan pertama Jurgen Klopp.

Pun begitu, jika Ada sebarang maklumat tentang perkembangan ini, ianya akan dimaklumkan.

Berita ini dilaporkan   dalam banyak media di England, tetapi bersumberkan akhbar dari Sepanyol itu. Buat masa ini, berita ini hanya khabar angin semata-mata.

Related posts