Media : Daniel Agger Berada Ketika Latihan Liverpool Di Marbella, Sepanyol

Liverpool memulakan latihan hari pertamanya di Marbella, Sepanyol lepas perlawanan menentang Porto di Portugal.

Dijadualkan, Liverpool akan berada di sana selama 4 hari untuk latihan kelompok memandangkan pasukan Liverpool ini tidak terlibat dalam perlawanan Piala FA pada hujung minggu ini.

Liverpool telah terkeluar daripada saingan apabila tewas kepada West Brom pada bulan ini juga.

Perlawanan seterusnya bagi Liverpool adalah menentang Newcastle pada 24 Feb nanti, yakni jurang hampir 2 minggu daripada sekarang.

Oleh yang demikian, Liverpool telah melakukan latihan berpusat di pusat latihan Marbella di Sepanyol selama 4 hari bagi mengekalkan stamina, taktikal dan juga nafas baru sebelum perlawanan seterusnya menetang Newcastle nanti.

Lihat latihan yang dijalankan ini.

Apa yang menariknya, muncul Daniel Agger secara tiba-tiba untuk memberi semangat atau berada dengan skuad utama di pusat latihan tersebut.

Nama yang mungkin menjadi idola kebanyakan peminat satu dekad yang lepas ini telah bersara dan merupakan tunjang utama dalam skuad Rafa Benitez dalam kempen Eropah daripada 2006 -2009. Daniel Agger telah mengumumkan persaraannya setelah berpindah daripada kelab asalnya, Brondby, Denmark.

Adakah ini mampu untuk memberi anjakan paradigma kepada pemain. Boleh bertukar pendapat. Atau mungkin Jurgen Klopp boleh mengambilnya sebagai staf pada masa akan datang nanti?

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds