Media : Sadio Mane Sepatutnya Melorongkan Bola Itu Untuk Origi!

Situasi itu berlaku di lewat perlawanan separuh masa kedua ketika pertemuan menentang Bayern.

Sadio Mane memperolehi sekurang kurangnya 2 peluang untuk menjaringkan gol namun gagal melakukan penyudah yang tepat terutama di separuh masa pertama.

Beliau memperolehi peluang di hadapan gol pada separuh masa kedua namun rembatannya tersasar dari pintu gol meskipun tidak dikawal oleh pertahanan Bayern ketika itu.

Selain itu, beliau juga memaksa Manuel Neuer bekerja keras apabila satu tandukan ‘bouncing’ beliau tepat ke gol yang kemudiannya ditepis keluar, tetapi ada sesuatu perkara yang menimbulkan kemarahan peminat di hujung perlawanan.

Beliau berjaya merampas bola di kawasan Bayern dan melakukan larian ke gol, yang beliau sepatutnya melorongkan bola itu kepada Origi tetapi memilih untuk mengawal bola dan akhirnya kehilangan kawalan terhadap bola tersebut.

Origi dilihat ketika itu bakal melepasi perangkap ofsaid dan akan berhadapan 1 lawan 1 terhadap Neuer.

Saksikan video di bawah :

Dan berikut adalah satu reaksi dari peminat.

ADMIN

Tepuk dahi juga bila tengok rakaman ini kembali. Dah sampai pemain lawan closing baru nak cari space.

Haih …. move on je la. YNWA.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman