Media : Seluruh Jaringan Yang Berjaya Dijaringkan Oleh Para Pemain Dalam Edisi ‘Road To Kiev’

Liverpool cemerlang menjaringkan banyak gol dalam kejohanan eropah pada musim ini dan detik indah gol tersebut dirakam didalam sebuah video pendek yang menarik dibawah.

Liverpool berjaya memenangi beberapa perlawanan dengan jumlah jaringan yang besar serta berjaya kekal tanpa kalah sehinggalah kebangkitan AS Roma di minit akhir perlawanan di laman pihak lawan dimana perlawanan berkesudahan 4-2. Namun Reds kekal layak berdasarkan aggregat yang memihak kepada Liverpool 7-6.

Walaupun sebelum ini masih mempunyai Philippe Coutinho yang berjaya menjaringkan hatrik pertamanya di saingan Liga Juara-Juara serta perpindahannya yang menggusarkan hampir seluruh republik Liverpool.

Namun, Klopp dan seluruh pasukan mempunyai perancangan lebih baik dan kini mereka berjaya meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir di Kiev.

Siapa sangka pasukan yang bermain di kelayakan Liga Juara-Juara berjaya ke perlawanan akhir. Pada masa yang sama kehilangan pemain utama yang berhijrah ke Barcelona tidak mengurangkan kehebatan Liverpool di Eropah.

Saksikan video pendek seluruh jaringan yang membawa Liverpool ke perlawanan akhir di Kiev di sini :

Percayalah, kehilangan seorang pemain utama bukanlah pengakhirannya tetapi kehilangan nya masih juga mampu memberikan hasil yang terbaik kepada seluruh pasukan.

Dalam waktu yang sama, pasukan kini bermain lebih baik walaupun tanpa ‘ahli silap mata’ seperti yang Liverpool pernah ada dahulu.

Admin :

Kejayaan Liverpool ke perlawanan akhir bukannya bergantung kepada individu semata-semata tetapi bermain secara pasukan boleh memberikan anda lebih banyak kelebihan menentang pasukan lawan.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Nazz Carra