Media Sepanyol : Philippe Coutinho ‘Marahkan’ & “Merajuk’ Dengan Barcelona

Akhbar media Sepanyol ini sememangnya bukanlah bahan yang boleh dijadikan rujukan yang utama memandangkan ianya sangat pro kepada pasukan Barcelona atau Real Madrid.

Berita yang dikeluarkan mempunyai elemen ‘yang direka-reka’ sahaja demi sebagai senjata psikologi kepada kedua pasukan itu khasnya.

Jika menurut berita daripada Sepanyol ini, Philippe Coutinho telah bersetuju ke Barcelona dan kelab Liverpool telah membenarkan pemergian pemain ini sejak Januari lagi.

Nah, sehingga bulan September, Philippe Coutinho masih memegang jersi nombor 10, berlambangkan ‘Liverbird’ di dada.

Tetapi, pada kali ini berlainan sedikit beritanya, dan ianya lebih ‘pro’ kepada Liverpool, bukan kelab Sepanyol.

Melalui media Sepanyol, daripada Don Balon menyatakan bahawa Philippe Coutinho ‘merasa marah’ kepada Barcelona mengenai perpindahannya ke kelab itu.

Ini kerana Barcelona tidak bersungguh-sungguh untuk membawa pemain ini ke kelab tersebut walaupun usaha yang dilakukan oleh pemain itu telah terang dan jelas.

Sekitar 1 hari sebelum perlawanan pembukaan Liverpool menentang Watford, Philippe Coutinho telah memohon untuk berpindah secara rasmi (Transfer Request) melalui emelnya.

Namun, selepas itu, sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan oleh Barcelona untuk membawa masuk pemain ini amatlah diragui terutama jumlah bidaan yang dilakukan .

Barcelona pula membeli bekas pemain Dortmund, Dembele dengan perpindahan sekitar 90 juta pounds.

Ini memberi ‘kesusahan’ semula kepada Coutinho untuk berpindah ke sana, jika Barcelona ingin berusaha kembali mendapatkan pemain ini pada Januari nanti mahupun pada musim hadapan.

Melalui media ini, menunjukkan bahawa “Coutinho’ ‘merajuk’ untuk berpindah ke kelab tersebut.

Walaubagaimanapun, pihak LMREDS menyarankan agar berita ini tidak boleh disahihkan keasliannya walaupun begitu tular dikalangan media sosial yang ada.

Sebagaimana berita perpindahan yang direka-reka, berita ini turut direka kerana tidak memiliki ‘pemberat’ berita yang jelas daripada sumber-sumber atau mana-mana koresponden Liverpool sebelum.

Dan jelas Coutinho tidak pernah membuka ‘mulut’nya sejak mengalami sakit belakang ‘misteri’, progres ke permohonan “Transfer Request’, bermain untuk Brazil dan kini pulang ke Melwood walau sekalipun.

Oleh yang demikian, berita ini boleh diidentifikasikan sebagai ‘khabar angin’ mungkin.

Oleh : Mohd Zahari (Bos LMreds)
Untuk : Liverpoolmalaysianreds.com

Related posts