Media Spain Meramalkan Liverpool Akan Menjuarai UCL Musim Ini

The Reds dilihat sebagai pencabar kejuaraan Eropah itu berdasarkan prestasi mereka membenam PSG semalam.

Media Spain, Marca menyenaraikan 10 sebab mengapa Liverpool boleh dinilai sebagai calon juara UCL musim ini, dengan Jurgen Klopp mahu menebus kekalahan tewas kepada Real Madrid pada musim lepas.

Marca percaya 10 sebab ini adalah faktor utama mengapa mereka menyatakan sedemikian.

Pertama : Pemain Serangan Dominan

Liverpool mempunyai barisan serangan yang digeruni di England yang dibarisi Sadio Mane,  Roberto Firmino dan Mohamad Salah.

Kedua : Potensi Menjaringkan Gol

Kelab ini menjaringkan lebih banyak gol dari mana mana pasukan di UCL sejak bermulanya kempen musim lepas.

Ketiga : Perubahan Pasukan

Jurgen Klopp telah merombak hampir keseluruhan pemain dalam kesebelasan utama dengan Dejan Lovren, James Milner, Jordan Henderson dan Roberto Firmino dan beberapa pemain simpanan yang tinggal semasa proses perubahan tampuk pengurus dari Rodgers kepada Klopp.

Keempat : Kekuatan Pertahanan

Kemasukan Virgil Van Dijk telah memastikan kekentalan benteng Liverpool sejak Januari lepas. Joe Gomez,  Andy Robertson dan Trent Alexander Arnold mencapai prestasi terbaik sekaligus menjadikan Liverpool salah satu pasukan yang sukar dibolosi ketika ini.

Kelima : Penjaga Gol Berkelas Dunia

Kemasukan Alisson turut membantu mengukuhkan benteng dan serangan Liverpool dari bawah. Akhirnya masalah penjaga gol mereka diselesaikan dengan ketibaan salah seorang penjaga gol berkelas dunia.

Keenam : Taktik “Gegenpressing” Dilakukan Dengan Baik

Pemain Liverpool terutama di bahagian tengah mampu melaksanakan taktik “gegenpressing” dengan baik setiap musim.

Ketujuh : Kekuatan Di Bangku Simpanan ( Squad Depth) 

Liverpool mempunyai kekuatan sendiri walaupun pemain yang berada di bangku simpanan,  dengan contoh Daniel Sturridge telah menjaringkan 2 gol musim ini meskipun banyak menghabiskan masa di bangku simpanan.

Kelapan : Rekod Klopp Dalam Kejohanan Kalah Mati

Meskipun Klopp belum lagi memenangi sebarang kejuaraan major bersama Liverpool,  namun sebelum ini beliau pernah membawa Dortmund ke Final UCL dan juga Final German Cup.  Bersama Liverpool,  beliau telah membawa kelab itu 3 kali ke pentas final.

Kesembilan : Anfield “Fortress”

Liverpool menjadikan Anfield sebagai lubuk gol mereka.  Tiada pasukan EPL  yang menjaringkan gol di Anfield sejak Mac lepas,  dan kali terakhir Liverpool tumpas di Anfield adalah pada kancah Piala FA menentang WBA.

Kesepuluh : Juara 5 Kali

Liverpool adalah pasukan Inggeris yang paling berjaya dalam kejohanan major ini meskipun tidak menjuarai kejuaraan liga utama sejak 1990.

ADMIN

Terima kasih atas jangkaan dan sokongan Marca.  Namun begitu, masih terlalu awal untuk menyatakan Liverpool sebagai juara Eropah pada musim ini.

Apapun usaha untuk merangkul kejuaraan itu tetap ada.  YNWA.

Sumber : Read Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman