Mesej Joe Gomez Buat Kita, Peminat Liverpool : ‘Saya Akan Kembali Lebih Hebat Daripada Biasa’

Joe Gomez berada dalam mentaliti yang cukup positif, walaupun kini sedang berdepan dengan masalah kecederaan di kakinya, sehinggakan pemain muda itu menghantar mesej terima kasih kepada para penyokong Liverpool yang tidak putus-putus mengirimkan ucapan sokongan buat beliau.

Gomez telah mengalami kecederaan parah semasa perlawanan Liverpool vs Burnley, berikutan ‘tackle’ keras daripada Ben Mee.

Pemain berusia 21 tahun itu mengakhiri perlawanan terakhirnya pada 2018, dengan kemenangan 3-1 keatas Burnley, setelah disahkan yang beliau tidak akan beraksi selama enam minggu.

Gomez telah menjadi salah seorang pemain terbaik Liverpool setakat ini di musim ini, bersinar di posisi ‘centre-back’ dan begitu matang sekali menjadi salah seorang pemain pertahanan muda terbaik di Eropah.

Walaupun kini sedang mengalami satu kecederaan yang serius, Gomez muncul dengan semangat yang kuat, sambil berkata, :

Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih, kepada anda semua untuk segala mesej dan ucapan sokongan anda buat saya.

Jelas sekali saya terpaksa menghadapi kecederaan ini, tetapi terima kasih kerana ianya tidak terlalu serius dan saya pasti dapat kembali lebih kuat dalam masa terdekat ini.

Saya akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk kembali secepat yang mungkin juga, dan berharap dapat kembali bersama dengan anda semua tidak lama lagi. Terima kasih.

Berita kecederaan ini amat mengejutkan semua, terutama sekali ianya melibatkan seorang pemain bola sepak yang cemerlang, yang juga merupakan tunggak utama Liverpool sendiri.

Gomez Seumpama ‘Mini Van Dijk’

Liverpool akan mula diuji tanpa Gomez di posisi ‘centre-back’, samaada Dejan Lovren atau Joel Matip yang bakal diturunkan bagi mengukuhkan lagi pertahanan Liverpool menjelang jadual perlawanan yang sibuk.

Pemain antarabangsa England itu juga seringkali mengisi posisi bek kanan Liverpool, jadi pemain seperti Nathaniel Clyne dan Rafa Camacho juga berkemungkinan berpeluang untuk diturunkan dalam perlawanan nanti.

Gomez sebelum ini, telah pernah mengalami kecederaan yang parah semasa dia di Liverpool, sehingga merosakkan ligamennya pada tahun 2015 dan mengalami masalah ‘Achilles’ pada tahun 2016.

Gomez Cerita Bagaimana Beliau Bangkit Jadi Seperti Sekarang Selepas Alami Kecederaan

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : This is Anfield

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds