Mesir FA: Liverpoool Tidak Membuat Permintaan Supaya Mohamed Salah Direhatkan Dalam Perlawanan Antarabangsa

Pemain Mesir itu telah menjaringkan gol yang memukau ketika menang 4-1 ke atas Swaziland pada hari Jumaat tetapi terpaksa berhadapan masalah hamstring pada babak kedua permainan.

Terdapat kebimbangan dia boleh terlepas untuk beraksi pada hujung minggu ini apabila Liverpool kembali ke Liga Perdana dengan perjalanan ke Huddersfield.

Laporan mengatakan bahawa Liverpool telah menuntut pihak Mesir untuk merehatkan Salah dalam salah satu perlawanan kelayakan Piala Afrika mereka.

Tetapi Osama Ismael, jurucakap FA Mesir, telah menyangkal khabar angin itu, menyatakan bahawa mereka tidak menerima sebarang permintaan dari kelab Merseyside itu.

Beliau memberitahu ESPN FC: “Tuduhan-tuduhan ini tidak betul.

“Setiap pemain menyertai pasukan dengan laporan perubatan mengenai keadaannya. Setiap pemain juga mempunyai laporan perubatan.

“Laporan Liverpool tidak menyatakan apa-apa.” Tetapi Salah tercedera dalam perlawanan pertama, “Dia tidak akan dapat bermain perlawanan kedua.”

Liverpool dilaporkan akan mengumumkan sejauh mana kecederaan Salah pada hari ini.

Berikutan permainan itu, pembantu Mesir, Hany Ramzy mencadangkan ia(kecederaan Salah) tidak begitu serius seperti yang ditakuti awalnya.

Beliau berkata: “Diagnosis awal mengesahkan bahawa kecederaan itu adalah ketegangan otot dan tidak ada kemungkinan masalah otot serius.

“Pemain itu(Salah) perlu menajalani pemeriksaan radiasi untuk menentukan (tahap) kecederaan dan tempoh ketidakhadirannya.

“Ia bukan kecederaan besar, kami menyokongnya dengan semua tenaga kami dan kami harap dia akan kembali tanpa terjejas dengan kecederaan secepat mungkin.”

Liverpool kekal dengan rekod tanpa kalah di Liga Perdana musim ini dan kini menduduki di tangga puncak dengan mata yang seri dengan Manchester City dan Chelsea adalah.

Liverpool bakal bermain menentang Huddersfiled awal pagi Ahad ini.

Admin: Walaupun Salah fit sepenuhnya, admin berharap agar Klopp mnurunkan Shaqiri nanti.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber: Daily Star

Post Author: Wade Wilson