Mikael Silvestre : Anfield Sentiasa Menjadi Kawasan Yang “Panas” Untuk Dikunjungi

Beliau tidak pernah berasa gembira jika bermain di Anfield bersama Manchester United.

Jose Mourinho bersama skuad Man United akan berkunjung ke Anfield pada Sabtu ini bagi menghadapi perlawanan liga menentang Liverpool yang hanya mencatatkan 1 kemenangan dari 7 perlawanan.

Namun rekod Jurgen Klopp bersama pengurus dari Portugal itu lebih baik, dengan mencatatkan 3 kemenangan dan 3 seri.

Silvestre bermain untuk Manchester United sejak 1999 hingga 2008, dan beliau mengakui ia bukanlah sesuatu yang menggembirakan ketika berkunjung ke Anfield semasa beliau menjadi pemain Manchester United.

Menurut beliau menerusi 888 Sports :

“Anda merasakan seperti berada di neraka”.

“Anda tidak dialu alukan dan ada dapat merasai kebencian di sana”.

“Ianya mencetuskan suasana yang tegang dan ianya sesuatu yang bagus jika anda bertindak dengan cemerlang di sana”.

“Dan ianya sangat bagus jika dapat mencatatkan kemenangan di sana”.

Phillippe Coutinho dijangka akan mengisi posisi yang ditinggalkan Sadio Mane akibat kecederaan hamstring, dengan Roberto Firmino dan Mohamad Salah akan mengisi 2 tempat lagi.

Walaupun begitu, Silvestre berpendapat skuad Klopp ini masih kekurangan penyerang berkualiti.

“Lebih daripada 90 minit, anda jangkakan mereka akan lakukan pertukaran kerana pemain seperti Mane, Firmino, Salah dan Coutinho adalah pemain berbakat namun bukan mesin gol”.

“Mereka ketiadaan pemain klinikal tersebut dan di akhir sekali ia akan memberikan kerisauan buat mereka, di mana pemain tersebut mampu memberikan 20 – 25 gol semusim”.

“Liverpool tidak mempunyai pemain tersebut. United akan diuji sepenuhnya tetapi saya berpendapat barisan pemain sedia ada mampu mengawal mereka”.

ADMIN

Perlawanan melibatkan Liverpool dan Menchester United sememangnya lebih panas daripada biasa.

Dan diharap barisan Liverpool sedia ada mampu menghadirkan 3 mata untuk perlawanan ini.

Sumber : Liverpool Echo

Related posts