Mo Salah Dinobatkan Sebagai Pemain Terbaik Bulanan EPL Untuk November

Pemain Liverpool ini telah menjaringkan 7 gol dari 4 perlawanan sahaja, sekaligus membantu Liverpool mencatatkan 3 kemenangan dan 1 seri sepanjang kempen EPL bulan November.

Ianya sudah cukup untuk menewaskan calon lain seperti Robbie Brady ( Burnley ), Kevin De Bruyne ( Man City ), Eden Hazard ( Chelsea ), Skhodran Mustafi ( Arsenal ), Raheem Sterling ( Man City ) dan Ashley Young ( Man United ).

Salah menjadi pemain Mesir pertama merangkul anugerah ini dan mengikuti jejak langkah Sadio Mane untuk meraih gelaran tersebut yang telah diberikan pada bulan Ogos lepas.

Menurut Mo Salah ketika anugerah itu disampaikan :

“Setiap bulan saya mahu menjaringkan gol dan membantu pasukan untuk memenangi sesuatu”.

“Bulan lepas saya telah menjaringkan 7 gol dan ianya satu kegembiraan buat saya, namun apa yang penting pasukan mendapat keputusan yang bagus dan semuanya bagus buat pasukan”.

ADMIN

Tahniah sekali lagi untuk Mo Salah selepas 2 anugerah beliau yang sebelumnya, Pemain Terbaik Afrika 2017 dan juga Pemain Terbaik Bulanan untuk Liverpool.

Sumber : Liverpool FC

Related posts