Mohamed Salah Melakar Sejarah Baru Lagi Buat Dirinya Bersama Liverpool

Mohamed Salah berjaya mencipta sejarah yang lain dalan Liverpool ketika menjaringkan dua gol ke atas Tottenham Hotspur.

Salah menjaringkan dua gol untuk mengalahkan gawang yang dijaga oleh Hugo Lloris. Golnya yang ke-27 untuk Liverpool dalam debut musim pertamanya untuk Liverpool dan kini perlumbaan memenangi anugerah kasut emas masih lagi terbuka dengan hanya berada satu gol dibelakang Harry Kane.

Gol pembukaan Liverpool oleh Salah adalah gol ke-20 buatnya dalam liga perdana dalam hanya 25 perlawanan liga.

Rekod tersebut sekali lagi mencipta sejarah baru dalam Liverpool apabila hanya satu-satunya pemain yang menjaringkan gol yang banyak dalam jumlah perlawanan terendah dalam era liga perdana.

Memandangkan Reds pernah dan masih mempunyai pemain seperti Fernando Torres, Robbie Fowler, Luis Suarez dan Daniel Sturridge untuk dinamakan sebagai penjaring utama Liverpool sejak 25 tahun lalu namun pencapaian Salah menjaringkan gol sangat luar biasa berbanding pemain yang disebut tadi.

Salah kini adalah pemain pertama Liverpool yang berjaya menjaringkan 20 gol semenjak Daniel Sturridge dan Luis Suarez empat tahun lalu. Luar biasa hebat bukan?

Diharapkan Salah kekal konsisten untuk membantu Liverpool menamatkan dalam kedudukan tertinggi pada musim ini.

You’ll Never Walk Alone
Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo

Post Author: Nazz Carra