Motivasi : Belajar Dengan Origi Cara Berdepan Dengan Tekanan Dan Tetap Positif

Divock Origi mengatakan, cara beliau menghadapi tekanan yang besar di Liverpool, adalah dengan cara berlatih dengan lebih kuat.

watermak-copy

Origi tiba di Anfield pada tahun 2015 yang lalu. Tapi, sehingga kini, dia lebih banyak diturunkan sebagai pemain simpanan oleh Jurgen Klopp.

Dan, dengan perlahan-lahan, pemain yang berasal dari Belgium ini mula menunjukkan kecemerlangannya, walaupun diturunkan sebagai pemain simpanan sekalipun. Dia berjaya menjaringkan gol-gol penting bagi Liverpool, contohnya ketika menentang Sunderland minggu lalu. Klopp turut mengatakan yang Origi kini sudah bersedia untuk merebut satu tempat di posisi utama skuad The Reds. Lantas, menurunkan penyerang muda ini disaat menghadapi Leeds United, dan ternyata benar yang Origi membayar kembali kepercayaan itu dengan sumbangan satu gol.

Dengan kepercayaan besar Klopp terhadap Origi, membuatkan pemain ini sangat gembira. Origi berasa sangat lega, kerana berjaya mengatasi tekanan besar yang terdapat di kelab sebesar Liverpool ini.

Menurut Origi, walaupun dia gembira berada di kelab yang besar macam Liverpool ini, dia tetap sedar akan tekanan yang ada juga sangat besar. Dari situ Origi belajar cuba untuk membuat yang lebih baik lagi. Yang mana, Origi mengatasinya dengan bekerja keras dengan lebih bersungguh-sungguh. Hanya dengan cara itu, yang menjadikan Origi lebih tenang dan percaya pada diri sendiri.

Baca juga :

http://liverpoolmalaysianreds.com/2016/11/origi-berkat-orang-yang-sabar-jawapannya-2-0/

Origi juga turut mengatakan yang, sejak dari pertama kali dia tiba di Anfield, tidak sekali pun dia pernah merasa menyesal. Kerana, diatas usaha keras dan tidak putus asa beliau selama ini, beliau yakin pasti akan membuahkan hasil. Kerana, Origi tawakal, terhadap usaha beliau, yang telah beliau lakukan sehabis baik. Dengan itulah, yang telah menjadikan beliau begitu tenang. Tenang dalam menghadapi tekanan persaingan sengit dalam skuad Liverpool.

Ketika tiba di Anfield, satu bagi seseorang pemain adalah, ingin diturunkan dalam setiap perlawanan. Pemain hanya berfikir untuk bermain dan mewakili skuad utama. Tapi, jangan dilupa satu, menghormati keputusan pengurus, Jurgen Klopp.

Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared????

Post Author: Sepet LMreds