Nabil Fekir – Perancang Yang Dipuja Lyon Yang Mampu Menyelesaikan Kelemahan Utama Liverpool

Nabil Fekir akan menjadi tambahan kelas tertinggi kepada serangan mematikan yang dimiki Liverpool ketika ini.

Itulah pendapat wartawan Perancis yang dihormati Jacques Santucci yang bekerja untuk syarikat penyiaran SFR Sport.

Kami berbicara bersama wartawan Perancis yang dihormati, Jacques Santucci yang bekerja untuk syarikat penyiaran SFR Sport.

Liverpool telah dikaitkan dengan perpindahan musim panas untuk mendapatkan pemain tengah nyerang Lyon bernilai £ 60 juta.

Pemain sayap Reds Sadio Mane adalah peminat beliau dan mengatakan Fekir akan membawa menjadi pemain hebat di Anfield.

Betapa bagusnya Nabil Fekir?

Jacques Santucci (JS): Dia adalah salah seorang pemain Perancis terbaik. Dia mempunyai keupayaan untuk memecah pertahanan yang jitu sama seperti Philippe Coutinho. Dia boleh membuat perbezaannya sendiri. Itulah kelemahan Liverpool terhadap pasukan yang bermain ‘parking bas’. Dia lebih daripada seorang pemain yang gemar menggelecek berbanding Coutinho.

Bagaimana jalan kerjayanya. Tidak pernah dilepaskan oleh Lyon ketika beliau kanak-kanak?

JS: Pada umur 13 tahun, Lyon membiarkannya pergi dari akademi selepas memutuskan dia tidak cukup bagus. Dia pergi ke sebuah kelab kecil bernama FC Vaulx, tetapi kembali dua tahun kemudian setelah Saint-Etienne juga melepaskannya.

Dia berjaya dengan pasukan simpanan dan berjaya masuk ke pasukan utama pada 19 tahun. Pada usia 20 tahun dia menjadi pemain tetap untuk pasukan utama. Lyon kemudian bermain dengan dua penyerang menggandingkan Alexandre Lacazette dan dia. Musim 2014/15 adalah musim yang terbaik sebelum musim ini, bermain sebagai penyerang kedua. Dia mendapatkan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada musim berikutnya tetapi dia bekerja keras untuk kembali. Musim ini dia cemerlang dalam peranan No 10.

Seberapa pentingnya dia kepada Lyon?

JS: Dia adalah kapten. Dia adalah pemimpin di atas padang, dan dia adalah pemain bintang. Dia menjadi lebih penting musim ini selepas ditinggalkan Lacazette dan Corentin Tolisso.

Apakah kekuatan utamanya? Apa kelemahan?

JS: Dia sangat berbahaya di kedudukan final third, mempunyai kemahiran, dia mempunyai kaki kiri yang sangat bagus. Dia adalah pemain kedua paling banyak dijatuhkan di Ligue 1 selepas Neymar dan salah satu daripada 5 pemain yang mampu menggelecek. Kelemahannya adalah lututnya tetapi dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara tersebut pada musim ini, tetapi menghadapi isu kecil ketika awal kempen musim ini bermula tetapi semuanya baik-baik saja sekarang. Tahap intensiti beliau kadang-kadang boleh turun yang akan menjadi masalah buatnya di bawah Klopp.

Apakah kedudukan terbaiknya?

JS: Sebagai penyerang kedua atau No 10.

Adakah anda fikir Lyon akan menjualnya pada musim panas ini?

JS: Lyon adalah kelab yang suka menjual tetapi presiden Jean-Michel Aulas adalah ahli perniagaan yang hebat. Dia akan menjual pada harga yang dia anggap betul.

Adakah mana-mana kelab lain menontonnya?

JS: Ia dilaporkan di Perancis bahawa Chelsea dan Arsenal juga berminat terhadapnya. Barcelona adalah kelab yang dia suka.

Berapa harga yang anda fikir Lyon akan letak?

JS: Sekitar 70 juta Euro (£ 62 juta).

Adakah anda fikir dia akan sesuai untuk pasukan Klopp?

JS: Dia tidak akan menjadi semulajadi tetapi Klopp boleh mengubahnya. Fekir mempunyai bakat. Dia boleh lari, menghantar bola dan menjaringkan gol. Saya pasti dia akan berjaya.

Di manakah posisi yang sesuai buatnya dengan sistem 4-3-3 Klopp?

JS: Itulah soalan yang paling sukar. Kami tidak pernah melihatnya dalam peranan No 8 di mana Coutinho bermain tetapi saya rasa dia boleh bermain di sana. Dia akan menjadi hebat di hadapan tiga tetapi saya tidak dapat melihatnya mengambil tempat Salah, Mane atau Firmino. Dia akan menjadi pilihan yang hebat.

Nabil Fekir akan memberi kelebihan kepada Liverpool khususnya ketika menentang pasukan yang bermain dengan sistem bertahan. Kehadirannya di Anfield pasti akan memberi keterujaan kepaada penyokong terutamanya dengan kelebihan kawalan bola yang menarik yang mampu memberikan ancaman kepada beberapa pasukan yang bermain secara bertahan.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : ECHO

Related posts