Naby Keita Mempunyai Segala Galanya Untuk Meningkatkan Prestasi – Namun Beliau Perlukan Sokongan

Beliau melalui masa sukar ketika ini di Anfield namun kesabaran adalah kunci segala galanya.

Naby Keita bukanlah seorang pemain yang mudah mengalah, dan beliau telah menunjukkan keinginannya untuk memperbaiki prestasi.

Musim panas lepas telah menyaksikan bagaimana beliau menceritakan perjalanan hidupnya yang telah membawa beliau ke Anfield ketika ini.

Sebelum itu beliau telah bermain bolasepak di atas jalanraya ketika di Conakry, sebelum membuat keputusan untuk ke Eropah bagi mengejar impiannya untuk bermain di pentas tertinggi bolasepak pada usia 16 tahun.

Terlalu banyak halangan ketika beliau cuba mencapai tahap yang ada sekarang. Beliau pernah ditolak oleh banyak kelab di France sebelum menyertai FC Istres dari Ligue 2 pada 2013. Gaji permulaannya ketika itu hanyalah £900 seminggu.

Menurut Keita :

“Saya tidak akan berputus asa”.

“Sasaran jangka panjang saya adalah untuk bermain bolasepak di tahap tertinggi di salah sebuah kelab yang besar”.

“Jika dalam fikiran anda sentiasa terpahat sikap tidak mengalah, anda akan sentiasa berjuang untuk tidak mengalah”.

Dan beliau sebenarnya memerlukan kata kata semangat itu sekarang.

Musim pertama Keita tidaklah mencerminkan sesuatu yang bagus buat masa sekarang. Beliau sukar untuk mengatasi jangkaan yang diberikan peminat setelah ketibaan beliau dari RB Leipzig yang bernilai £52.75 juta musim panas lepas.

Malahan beliau meminta untuk menyarung jersi bernombor 8 – di mana Steven Gerrard merupakan idola kepada ayahnya namun ianya terlalu berat buat beliau untuk nombor tersebut. Beliau hanya mencatatkan 1 assist dan 0 gol dari 23 penampilan beliau bersama The Reds.

Terlalu banyak kesukaran yang dihadapinya ketika ini. Kecederaan dan bermain di bahagian tengah kiri tampak membantutkan perkembangan beliau buat masa sekarang.

Namun selepas diberikan peluang bermain di bahagian tengah, beliau gagal mengulangi persembahan terbaiknya ketika di Leipzig yang ketika itu mencatatkan 17 gol dari 71 penampilan dari dua musim di sana.

Beliau gagal untuk memperlihatkan prestasi sebenar ketika menentang West Ham United di Anfield.

Dan berikut adalah komen Ralf Rangnick selaku bos Leipzig.

“Sebelum ini Keita adalah pemain yang bagus di sini, namun beliau melalui masa sukar di sana. Beliau bukan pemain yang ketika itu berada di sini sebelum ini”.

Faktor utama yang dikenalpasti adalah keyakinan beliau. Jurgen Klopp telah bercakap mengenai Keita apabila kesilapan beliau ketika menangani situasi Michail Antonio menjaringkan gol penyamaan buat West Ham United.

“Naby terlalu banyak berfikir ketika situasi gol yang melibatkan beliau, dan itu tidak membantu beliau”.

Keita yang akan menyambut hari lahir ke 24 beliau telah menyebabkan ramai peminat Liverpool mengutarakan perbezaan pendapat mengenai prestasinya. Persembahannya ketika menentang WHU memberikan penyokong dan pengkritik beliau sesuatu yang “panas” untuk dibicarakan.

Separuh masa pertama beliau sering ditinggalkan lawan ketika larian, “decision making” sangat lemah dan gagal mengawal pergerakan pemain lawan. Beliau sangat lemah dan mudah dibolosi oleh pemain West Ham di bahagian tengah.

Namun separuh masa kedua beliau cuba bangkit. Dalam malam yang menyaksikan ramai rakan sepasukannya beraksi di bawah prestasi, beliau sentiasa cuba melakukan sesuatu dengan meminta bola dan cuba melakukan sesuatu.

Kali itu juga ramai yang membuat imbas kembali mengenai persembahan beliau yang dikatakan Klopp sebagai “complete midfielder” pada musim panas lepas.

Nasib belum lagi menyebelahi Keita. Terdapat satu peluang di mana beliau boleh mengubah situasi perlawanan namun tidak begitu bernasib baik.

Beliau sepatutnya menjadi hero dalam perlawanan menentang Leicester tetapi di saat beliau mendapat peluang terbaij untuk menjaringkan gol, beliau ditakel keras oleh Ricardo Peireira dan pengadil ketika itu tidak memberikan sepakan penalti.

Manakala dalam perlawanan menentang West Ham, jika Origi boleh menjaringkan gol dari situasi 1 lawan 1 di minit akhir perlawanan maka assist beliau itu akan diperkatakan sepanjang minggu ini.

Apa yang jelas buat Keita adalah lebih kepada sokongan dan bukan kecaman. Beliau wajar diberikan lebih peluang lagi untuk membuktikan dirinya yang sebenar.

Beliau adalah pemain muda yang berhijrah ke negara baru dan bahasa yang baru. Kesabaran adalah kunci segala galanya.

Jika beliau diberikan peluang untuk diturunkan maka ianya penampilan keempat beliau secara berterusan ketika ini.

Selain itu, rekod Klopp dalam perpindahan masuk dan juga kepakaran beliau membangunkan bakat di padang latihan akan menjadi kunci peningkatan prestasi beliau.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal jika berhasrat menyingkirkan Keita. Selain daripada kekecewaan yang diterima, beliau juga cuba untuk meningkatkan prestasi beliau.

Dan sekarang segala galanya terpulang buat beliau untuk meningkatkan prestasinya sendiri. Meletakkan Keita untuk kembali ke prestasi terbaik mungkin menjadi kunci buat Liverpool untuk memburu kejuaraan liga.

ADMIN

Well, bagi dia peluang lagi. Masih panjang masanya untuk beliau memperbaiki prestasi dirinya. YNWA.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman