Naby Keita Menjaringkan Gol Solo Menarik Namun Tidak Mampu Membawa RB Leipzig Ke Peringkat 16 Pasukan Terakhir

Dengan kekalahan RB Leipzig ke atas Besiktas di tempat sendiri, Naby Keita mencuri tumpuan dengan menjaringkan gol solo yang menarik.

Keita menjaringkan gol kelima buatnya untuk RB Leipzig dengan melakukan gerakan solo daripada tengah padang untuk menjaringkan gol tunggal buat pasukannya.

Jaringan dari pemain Besiktas Anderson Talisca memberi kemenangan dramatik kepada Besiktas dan meletakkan Leipzig di kedudukan ke-3 dalam kumpulan. Namun, Leipzig meneruskan kejohanan eropah dengan bermain di ‘Europa League’.

Jaringan beliau di Liga Juara-Juara Eropah menjadi inspirasi dan keyakinan buat dirinya.

Keita mengusai permainan dibahagian tengah, membawa bola melepasi beberapa orang untuk mencari ruang, terus melepasi pemain pertahanan terakhir sebelum melepaskan rembatan di bahagian kanan penjaga gol besiktas, Tolga Zengin.

Di eropah musim ini, bermain 5 kali di Liga Juara-Juara Eropah. Keita merekodkan purata 2.6 rembatan per 1 perlawanan dan melebihi purata 4 gelecekan per 1 perlawanan. Ia lebih baik berbanding kesemua pemain tengah yang Liverpool ada buat masa ini.

Saksikan jaringan solo menarik Naby Keita di sini :

Yang pasti, penyokong Liverpool pasti ternanti-nanti Naby Keita menyertai Liverpool. Walaupun berjaya mendapatkan pemain berbakat ini, namun Liverpool perlu menunggu sehingga awal musim depan kerana sebahagian syarat perjanjian antara kedua-dua kelab.

 

Admin

Paling penting, Naby Keita adalah salah 1 penambahbaikan yang Klopp lakukan bagi membawa cabaran Liverpool pada musim hadapan.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : This Is Anfield

Related posts