Napoli vs Liverpool FC : Info Perlawanan Awal Pagi Ini

Info ringkas mengenai perjalanan Liverpool ke Naples pada minggu ini.

The Reds beralih ke kejohanan Eropah setelah jaringan lewat daripada Daniel Sturridge memastikan kelab itu membawa pulang 1 mata dari Stamford Bridge minggu lepas.

Skuad Jurgen Klopp kekal dengan rekod tanpa kalah dalam kejohanan EPL dan Eropah musim ini, dan berhasrat untuk meneruskan momentum itu minggu ini.

Namun skuad kendalian Carlo Ancelotti berada di hadapan mereka, dan berikut adalah info penting untuk perlawanan awal pagi ini.

Stadium

Stadium San Paolo, yang berkapasiti 60,240 di bahagian barat Naples.

Sepakmula

Pada jam 8.00 malam waktu tempatan. Di Malaysia, 3.00 pagi.

Tontonan

Untuk di UK, siaran langsung boleh diikuti menerusi BT Sport dan BT Sport HD.

Manakala di Malaysia, siaran langsung diikuti menerusi Bein Sports 837 HD.

Live streaming atau live FB hanya akan disiarkan jika kami memperolehi link dari sumber yg dikongsi.

Terkini Mengenai Liverpool

Berkemungkinan besar Jurgen Klopp akan merombak kesebelasan utama semula selepas seri ketika menentang Chelsea.

Daniel Sturridge, Naby Keita dan Xherdan Shaqiri berkemungkinan akan diturunkan, dan mungkin merehatkan Mo Salah buat sementara waktu?

Adam Lallana dan Divock Origi bakal terlepas perlawanan ini manakala Alex Oxlade Chamberlain tersisih buat jangka masa lama.

Perlawanan Seterusnya

Perlawanan yang anda pasti tidak mahu lepaskan peluang menontonnya. Menentang Man City, pada hari Ahad.

ADMIN

Ramalan anda?

Pastinya kemenangan awal pagi ini bakal meletakkan Liverpool dalam kedudukan selesa di Kumpulan UCL.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman