Niko Kovac Akui Pasukannya “Tiada Jawapan” Di Atas Kekalahan Kepada Liverpool

Namun begitu beliau mengucapkan tahniah kepada Liverpool ke atas kejayaan menumpaskan Bayern awal pagi tadi.

Dan beliau mengakui bahawa Bayern tidak mempunyai “jawapan” bagaimana Liverpool mengatasi kelab Bavaria tersebut.

Gergasi Bundesliga itu tidak berjaya untuk menjejakkan kaki ke Pusingan Suku Akhir buat pertama kali sejak 2011 dan Niko Kovac juga mengakui kelebihan yang dimiliki Liverpool ketika itu.

Menurut Niko Kovac :

“Kami menghadapi pasukan yang benar benar kuat. Kredit untuk Liverpool dan juga Jurgen Klopp”.

“Mereka adalah pasukan yang lebih baik dari kami dalam dua perlawanan ini. Kami bersaing dengan baik sehingga Liverpool menjaringkan gol kedua. Situasi set piece merupakan faktor kelebihan dalam perlawanan seperti ini”.

“Mereka bijak menutup ruang kami. Kami gagal bermain dengan tenang dan sukar menghantar bola kepada Lewandowski. Itu sebabnya kami terpaksa akur dengan kekalahan ini”.

“Liverpool cuba menyerang lebih awal dan bertenaga. Kami cuba menggunakan bek kiri dan kanan untuk menyerang”.

“Namun kami gagal melakukannya kerana lawan melakukan tugas dengan baik, di samping kami tidak bermain pada tahap sebaiknya”.

“Liverpool adalah pasukan yang hebat dan mereka merupakan finalis musim lepas. Tambah lagi mereka di kalangan pasukan elit di EPL. Mereka berjaya mendedahkan kelemahan kami”.

Manakala Pengarah Sukan Kelab, Hassan Salihamidzic berkata :

“Kami gagal menekan Liverpool. Kami gagal mempamerkan aksi baik di hadapan penyokong sendiri”.

“Kami terpaksa mengucapkan tahniah kepada Liverpool. Mereka sebenarnya beraksi lebih baik dari kami”.

“Liverpool beraksi dengan bertenaga. Kebiasaannya kami lebih dominan dan menguasai bola. Namun kami tidak berjaya. Kami gagal menguasai ruang lawan dan tidak berjaya mencipta peluang”.

ADMIN

Aksi Liverpool yang lebih bertenaga dan menyempurnakan peluang yang terhidang.

Dengan gol kedua Liverpool, peluang Bayern sebenarnya hampir tertutup untuk ke Suku Akhir…..

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman