‘Kami Akan Berlawan Habis-Habisan’ : Pardew

Kempen Perlawanan | Apa Kata Lawan : Pardew Menilai Cabaran Besar Di Anfield Alan Pardew bercakap dalam sidang media pra perlawanan menjelang pertembungan dengan Liverpool di Anfield. ALAN Pardew juga menetapkan beberapa harapan dari pasukan Albion ketika mereka menentang Liverpool nanti. Peluang kini buat The Baggies untuk memperbaiki kedudukan mereka di Premier League, dengan berhadapan Liverpool, satu pasukan yang tidak terkalahkan dalam 14 perlawanan terakhir di laman sendiri. Cabaran sengit, tetapi Pardew berpendapat yang The Reds juga mempunyai ‘beberapa kelemahan’. Dan beliau berkata, inilah masanya untuk Albion mengeksploitasi Liverpool. Yang…

Read More

Rooney Sebagai Senjata Utama Untuk Everton Kalahkan Liverpool

Kempen Perlawanan | Apa Kata Lawan : Everton Pertaruhkan Rooney Untuk Kalahkan Liverpool Sam Allardyce mencabar Wayne Rooney, agar mempamerkan aksi yang sama, ketika beliau begitu cemerlang menentang West Ham United, pada derby Merseyside malam ini. Allardyce mendesak Everton untuk bangkit menyerang Liverpool, tetapi dalam masa yang sama juga memberi amaran kepada pasukannya, agar tidak hilang kawalan, kerana itu akan mempengaruhi perlawanan. Dan bos Toffees ini sangat mengharapkan Rooney yang berpengalaman ini, untuk memimpin pasukannya, walaupun dia mengakui yang seluruh pasukan Everton sendiri juga perlu berfungsi pada tahap optimum, demi…

Read More

Naby Keita Menjaringkan Gol Solo Menarik Namun Tidak Mampu Membawa RB Leipzig Ke Peringkat 16 Pasukan Terakhir

Dengan kekalahan RB Leipzig ke atas Besiktas di tempat sendiri, Naby Keita mencuri tumpuan dengan menjaringkan gol solo yang menarik. Keita menjaringkan gol kelima buatnya untuk RB Leipzig dengan melakukan gerakan solo daripada tengah padang untuk menjaringkan gol tunggal buat pasukannya. Jaringan dari pemain Besiktas Anderson Talisca memberi kemenangan dramatik kepada Besiktas dan meletakkan Leipzig di kedudukan ke-3 dalam kumpulan. Namun, Leipzig meneruskan kejohanan eropah dengan bermain di ‘Europa League’. Jaringan beliau di Liga Juara-Juara Eropah menjadi inspirasi dan keyakinan buat dirinya. Keita mengusai permainan dibahagian tengah, membawa bola melepasi…

Read More

5 Pasukan Daripada England Layak Ke Pusingan Kalah Mati, Terbanyak Dalam Sejarah

Sejak ditubuhkan Liga Juara Eropah (atau dikenali sebagai Piala Eropah/ European Cup) pada 1955, belum pernah lagi 5 pasukan layak ke pusingan kalah mati dalam satu liga yang sama. Walaupun Real Madrid mendominasi kejuaraan sebanyak 12 kali, rekod tertinggi pasukan yang layak adalah sekitar 4 pasukan yang layak ke peringkat kalah mati dalam negara yang sama. Ini berikutan peraturan baru yang ditetapkan oleh UEFA sejak 2016, apabila juara Piala Europa musim 2015/16 diterima masuk ke Liga Juara Eropah pada musim berikutnya. Ketika itu, Sepanyol mempunyai 4 wakil kelab dalam Liga…

Read More

‘Besok Kami Akan Main Bolasepak Ikut Cara Kami’ : Massimo Carrera

Kempen Perlawanan | Apa Kata Lawan : Spartak Moscow Akan Pamerkan Kehebatan Sebenar Taktikal Mereka Sidang media pra perlawanan bagi pasukan pelawat Spartak Moscow, yang kini telahpun berada di Anfield. Sidang media tersebut disempurnakan oleh Massimo Carrera dan Andrei Eshchenko. Massimo Carrera Bercakap tentang persaingan sengit tiga pasukan Liverpool, Sevilla dan Moscow sendiri, yang kini dalam perebutan tempat teratas kumpulan E berkata, hanya pasukan yang mampu menunjukkan tahap motivasi dan keinginan untuk menang yang lebih tinggi sahaja, yang dapat mencapainya. Beliau turut menyentuh tentang kelemahan Liverpool, yang jelas lagi ketara…

Read More

Sertai Liga Fantasi League SX : Menangi Tiket Ke Anfield & Hadiah Bulanan Jersi Rasmi Kelab

Kami mengumumkan kolaborasi dengan tim League SX untuk Liga Fantasi yang direkanya. Menangi hadiah tiket ke Anfield & Jersi dalam 3 pertandingan berbeza menerusi League SX ini. 3 Pertandingan yang ada adalah seperti berikut: Pertandingan Terbuka : Menangi Hadiah Jersi  Setiap Bulan Pertandingan “Bleed Red” (Liverpool Sahaja) : Menangi Tiket Ke Anfield. Pertandingan Group “Liverpool Malaysian Reds” : Menangi Jersi Pada Penghujung Musim Konsep fantasi ini adalah dengan memilih 11 pemain (tanpa pemain gantian) daripada perlawanan sebenar. Cara Untuk Sertai Daftarkan diri anda sebagai pengurus dengan klik di sini :…

Read More

Stoke Boleh Tewaskan Jentera Serangan Hebat Liverpool : Shaqiri

Kempen Perlawanan | Apa Kata Lawan : Stoke Akui Liverpool Walaupun Hebat Tetap Ada Kelemahan Sendiri Xherdan Shaqiri mengharapkan Stoke untuk mempersembahkan aksi yang terbaik dalam menghadapi pertembungan dengan Liverpool. Kerana, dia berpendapat yang Potters kini bakal berdepan dengan ‘senjata besar’. Shaqiri, yang cemerlang dalam menjaringkan gol buat Stoke, ketika menentang Crystal Palace pada hari Sabtu lalu, namun Potters akhirnya tetap dikalahkan juga 2-1 di Selhurst Park. Jelas beliau, sedar yang Liverpool mempunyai sebuah skuad yang mantap, tapi dalam masa yang sama, Liverpool tetap ada kelemahan tersendiri. Ye lah, sebab Liverpool,…

Read More

Pemain Liverpool meninggalkan bengkak di kaki Eden Hazard.

Pemain Belgium tersebut dikeluarkan dalam keadaan terhincut-hincut setelah pemain Liverpool memberi asakan yang begitu kuat pada perlawanan malam tadi. Hazard dengan aksi yang memukau dalam perlawanan lepas yang berakhir seri 1-1. Gol yang dijaringkan Salah namun Willian memadam defisit gol tersebut di akhir-akhir perlawanan. Bagaimanapun, pemain itu dikeluarkan pada separuh masa kedua setelah menerima asakan yang kuat daripada bekas pemain Chelsea, Mohamed Salah. Kini Hazard berkata, dia perlu mengambil secara mudah dalam latihan kerana keputusan mendapat perhatian yang lebih dekat daripada pemain pihak lawan. Adakah saya banyak menerima bengkak-bengkak? Ya.…

Read More

Stoke City Lebih ‘Seram’ Dengan Liverpool Berbanding Salah Seorang : Hughes

Bos Stoke, Mark Hughes mengakui yang dia akan menentang pemain yang menarik perhatian dunia sekarang, dengan 10 gol tertinggi PL setakat ini Mohamed Salah. Akan tetapi, dia turut mengatakan bukan hanya terletak kepada Salah seorang, malah pasukannya akan lebih berhati-hati dengan keseluruhan pasukan Liverpool itu sendiri. Salah yang telah menjaringkan 15 gol untuk The Reds setakat ini bagi kesemua perlawanan, dan Hughes yakin yang pasukannya akan berdepan dengan ancaman yang hebat dari Liverpool sendiri, bagi keseluruhan padang. Selain berdepan dengan Mohamed Salah yang jelas kini dalam kecergasan yang terbaik disamping…

Read More

Eden Hazard Mengeluh Jadual Perlawanan Menentang Liverpool Yang Padat

Kempen Perlawanan | Apa Kata Lawan : Kurangnya Persediaan Boleh Jejaskan Aksi Persembahan Chelsea Seperti Contoh vs M.City Eden Hazard berasa kecewa, kerana terpaksa bermain dua perlawanan dalam masa empat hari. Bintang CHELSEA Eden Hazard, mengadu tentang kekurangan masa rehat bagi skuad The Blues sebelum pertembungan menentang Liverpool pada 25/11 jam 5:30 petang (waktu Malaysia 26/11, jam 1:30 pagi). The Blues akan bertandang ke Anfield hanya 72 jam selepas menghadapi pasukan Qarabag Azerbaijan di Liga Juara-Juara. Chelsea mendarat di Lapangan Terbang Gatwick pada jam 3 pagi pada hari Khamis, berikutan…

Read More

Pemain Sevilla Diberitahu Berizzo Mengidap Kanser Prostat, Sebelum Membuat ‘Comeback’ Keatas Liverpool

Eduardo Berizzo, 48, dilaporkan telah memberitahu diagnosis nya baru-baru ini, kepada para pemainnya semasa rundingan pasukan di rehat separuh masa pertama perlawanan. Pasukan Sepanyol itu bangkit semula di separuh masa kedua perlawanan untuk memastikan keputusan seri 3-3 apabila tamat perlawanan, yang mana sebelum itu ketinggalan 0-3 kepada Liverpool semasa tamat separuh masa pertama perlawanan. Dan selepas perlawanan, satu kenyataan yang menyedihkan muncul, dengan mengatakan Berizzo 48 tahun, telah memberitahu para pemainnya, yang dia telah didiagnosis dengan kanser prostat, menurut laporan dari Sevillainfo. Laporan itu disahkan oleh wartawan lain termasuk pakar…

Read More

Lagenda Liverpool, Steven Gerrard Dalam Senarai UEFA Abad 21

Bekas kapten Liverpool ini dalam kesebelasan utama UEFA abad ke-21. Gerrard yang kini melatih pasukan Liverpool B-18 tahun bermula awal musim ini dinamakan dalam kesebelasan utama eropah abad ini dan barisan eropah ini didominasi oleh pemain dari Sepanyol. Dengan Real Madrid dan Barcelona mendominasi barisan ini tidak menghalang kehebatan Steven Gerrard untuk disenaraikan dalam barisan ini. Hanya Gerrard dan bekas pemain Bayern Munich iaitu Philip Lahm disenaraikan bagi pemain diluar Sepanyol. Gerrard menikmati kejayaan bersama Liverpool dalam 17 tahun karier profesional nya dan paling diingati adalah kejuaraan eropah di Istanbul.…

Read More