Oxlade-Chamberlain : ‘Si Pembawa Sial’ Yang Mula Dirindui

Peminat Yang Baik, Sentiasa Mendoakan Pemainnya Dalam Kebahagiaan

Ya !

Ada sebuah kalam yang berbunyi, ‘Orang yang bahagia adalah sentiasa gembira melihat orang lain bahagia’.

Pemain sakit, akibat masalah kecederaan, kita peminat juga pasti terasa sama, ibarat cubit paha kiri paha kanan turut terasa.

Begitulah apa yang dialami Oxlade-Chamberlain sekarang ini. Berehat panjang akibat kecederaan yang banyak pada ‘ligamen’, ketika menghadapi perlawanan Liga Juara-Juara dengan AS Roma di Anfield pada April lalu.

Dan dijangka menghabiskan sebahagian musim ini dengan berehat sebelum kembali pada dekat akhir musim.

Dalam usaha Ox bekerja keras untuk sesi pemulihan beliau, para peminat yang begitu merinduinya juga tidak lupa untuk sentiasa mendoakannya supaya cepat sembuh dan kembali lebih bertenaga daripada biasa.

Dengan itu, 1000 origami telah dibuat untuk Ox, sebagai tanda semangat yang peminat sentiasa dibelakang beliau, dan tidak pernah biarkan beliau bersendirian seorang diri.

1000 origami ini disampaikan oleh wakil kelab peminat Liverpool dari Jepun.

Bukan senang eh nak lipat origami ini, yang merupakan satu teknik lipatan sama ada dengan menggunakan kain mahupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.

1000 ‘babe’, perghhh !

Dan ahli kelab bola sepak ini sudah pasti kebanyakannya lelaki.

Oxlade-Chamberlain terharu dengan pemberian ini ..

Sesuatu yang tidak terduga sama sekali, pemain yang pada awalnya dikatakan ‘bawa sial’ kepada Liverpool, kita antara mereka yang dirindui. Syabas !

Analisis : Alex Oxlade-Chamberlain, ‘Si Pembawa Sial’ Yang Menambat Jutaan Hati Warga Liverpool

Benar juga kata pepatah, yang dibenci satu hari nanti pasti akan menjadi kesayangan. 🤭

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik buat kesemua pemain Liverpool. Selagi mana mereka masih menyarung jersi merah Reds.

Mereka, anugerah buat Liverpool, yang dipilih Klopp untuk membantu Liverpool memberi kejayaan kepada kita semua, ‘pemain ke-12’.

Ikut resam kata keramat Liverpool sendiri, YNWA !

Jangan sesekali biar mana-mana pemain diboikot, dibiar bersendirian, mereka amanah Klopp kepada Liverpool.

Percaya Klopp, ‘in Klopp we trust’, seharusnya turut sama mempercayai para pemain juga, bukan semata pilih pemain yang hanya kita suka.

Sekian ! 😁🤘

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Twitter Ox | Link Dari Jiwa

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds