Palace Kecewa Dengan Gol Lewat Mane Selepas Beraksi Cemerlang

Kemenangan Liverpool : Reaksi Crystal Palace | Kecewa

Rata-rata pemain Crystal Palace berasa begitu kecewa dengan kekalahan kepada Liverpool. Kerana bagi mereka, kecewa selepas beraksi cemerlang.

De Boer Tetap Positif Selepas Dikalahkan Liverpool Di Anfield

Frank de Boer percaya, kekalahan kepada Liverpool ini hanyalah untuk sementara, sebelum pasukan beliau bangkit semula nanti.

Yang mana jelas De Boer, Liverpool adalah sebuah pasukan yang sememangnya hebat, terutamanya ketika bermain di Anfield.

Walaupun kecewa dikalahkan, beliau tetap positif, kerana skuadnya bukan menyerah begitu sahaja, tetap bekerja keras, dan beliau yakin jika skuadnya mempamerkan aksi yang sama disetiap minggu, tidak mustahil mereka akan meraih mata juga.

Yang jelas, Liverpool terpaksa berhempas pulas untuk meraih mata dari Palace, kerana tekanan bermain di laman sendiri lebih besar kepada Liverpool.

Sullay Kaikai

Luah rasa kecewa dengan keputusan yang diraih. Tetapi tetap positif, dengan akan bangkit semula minggu depan.

Fosu-Mensah

Menurut beliau, begitu mengecewakan apabila kalah dalam perlawanan, terutamanya selepas bermain dengan baik, mengikut pelan permainan yang telah dirancang, dan kemudian dikalahkan dengan gol lewat.

Cara begitu sangat menyakitkan bagi beliau.

Bermain sebagai satu pasukan, Palace telah berjaya membuktikannya. Menjadi sebuah pasukan yang mantap, yang berupaya menembusi permainan Liverpool, aksi permainan mereka juga hebat, cuma kutipan mata yang gagal untuk mereka raih, itu yang menyakitkan.

Tegas beliau lagi, umum mengetahui perlawanan Liga Perdana sememangnya sengit, ditambah lagi bertembung dengan Liverpool. Semestinya akan menjadi lebih sukar.

#ynwa
#oncearedalwaysared?

Related posts