Pandangan : Hakikat Menjadi Seorang Peminat Liverpool FC

Kebanyakan peminat bagi pasukan lain, sukar untuk berlapang dada dalam menerima kenyataan, bahawasanya bola sepak itu adalah sesuatu yang menyeronokkan !

Penyokong Liverpool, Paul Philbin yang mengikuti setiap perlawanan Liverpool, baik yang berlangsung di Anfield mahupun berkunjung ke laman lawan, beliau mewakili seluruh bangsa Liverpool menyatakan apa hakikat sebenar menjadi seorang peminat bagi kelab sehebat Liverpool FC.

Beliau menjelaskan kenapa sesetengah komen di media sosial berkaitan dengan permulaan musim baru bagi Liverpool adalah sesuatu yang ‘tidak adil’.

Kebarangkalian terkait dengan ketidakpuasan hati segelintir peminat Liverpool terhadap mutu persembahan skuad Reds sendiri.

Berkemungkinan juga rungutan sesetengah peminat yang marah, kerana seseorang pemain yang mereka suka diletakkan dibangku simpanan, manakala sesetengah yang lain pula geram akibat daripada pemain yang mereka tidak suka, diturunkan dalam perlawanan.

Malah, terdapat lagi sungutan pemain baru ‘diperam’ Klopp.

Selepas berakhirnya rehat yang panjang, perlawanan Liga Perdana Inggeris akhirnya kembali semula.

Kegembiraan dirasakan semula, dengan turut sama meraikan gol hasil jaringan pemain Liverpool, rasa kecewa serangan tumpul perlu dihadapi lagi, rasa lega seiring dengan tiupan wisel terakhir bergantung pada mood yang baik juga.

Dan bagi mood yang tidak baik, berakhirnya tiupan wisel penamat, luahan amarah kekal bagi sebilangan peminat Liverpool.

Berikutan dengan kekecewaan dalam menghadapi kekalahan di perlawanan akhir Liga Juara-Juara, peminat dari pasukan ‘rival’ tidak sabar menunggu untuk terus memperkotak-katikkan para peminat Liverpool.

Namun, itu hanyalah sebahagian daripada persaingan dalam bola sepak. Lumrah dunia bola sepak.

Walau bagaimanapun, peminat Liverpool yang pergi ke Kiev, dan bagi mereka yang menyaksikannya di rumah, menghadapi semua itu dengan tindak balas yang cukup matang.

Sedar dan akui kekalahan Liverpool, peminat menerimanya dengan berlapang dada, yang penting kami gembira perjuangan Liverpool sampai ke perlawanan akhir.

Mesej itu seolah-olah menambahkan lagi amarah bagi peminat pasukan lain, yang menunjukkan jelas para peminat Liverpool tidak layan provokasi.

Berakhirnya tiga perlawanan permulaan Liverpool dalam PL 18/19, amarah peminat rival semakin meluap-luap.

Video muncul di media sosial dengan para peminat Liverpool begitu meraikan kemenangan 1-0 ke atas Brighton, dan satu lagu baru muncul mengecewakan para penyokong pasukan lain di seluruh dunia.

Kami mendahului dan mereka tidak menyukainya. The Reds mengambil alih.

Menjadi pendahulu liga dalam dua bulan pertama bukanlah satu pencapaian yang nyata, peminat Liverpool tahu dan sedar akan hakikat tersebut.

Kami, para peminat Liverpool hanya menikmati saat-saat indah ini dalam perjalanan musim 18/19. Ini hanyalah baru permulaan musim, dan kami tahu perjalanan masih panjang.

Pasti akan ada onak duri disepanjang perjalanan, kami akan dirundung kesedihan akibat kekalahan, kecederaan pemain, itu akan datang. Sekarang, kami cuma menikmati dahulu rasa gembira yang telah dianugerahkan.

Peminat Liverpool menyanyi gembira meraikan kejayaan Liverpool menjadi pendahulu liga selepas tiga perlawanan, namun kenyataannya adalah rakaman sekelompok manusia yang bergembira menyaksikan pasukan kegemaran mereka meraih kemenangan.

Bukan sesuatu yang salah pun, setelah bertahun tidak berasa segembira ini, kami hanya menikmati saat-saat tersebut.

Walau bagaimanapun, internet tidak mempamerkan yang sepatutnya. Hanya menunjukkan yang sebaliknya ..

Kritikan demi kritikan dilempar. Tohmahan demi tohmahan di lontar.

Menunjukkan yang kami, peminat Liverpool seakan ‘syok sendiri’.

Terlalu berharap, tahun ini tahun kami !

Itu hanyalah sebahagian komen yang boleh diberikan, malahan terdapat banyak lagi ‘kondem’ yang lain.

Andaikata, Liverpool tidak memenangi trofi pada musim ini, video tersebut pasti akan di ‘up’ kan semula pada bulan Mei tahun depan, dengan kritikan yang sama, malah akan lebih ‘pedas’ lagi. Itu pasti !

‘Umpan’ akan ditabur untuk para peminat Liverpool menyentapnya. Namun, bagi kebanyakan peminat Liverpool yang matang, kami tidak peduli mengenainya dan akan terus ketawa.

Itulah hakikatnya yang patut berlaku, kan ?

Jika ada yang sentap, nak marah, mereka akan lebih diperbodohkan peminat pasukan rival.

Tidak kira apa yang berlaku di padang, para peminat Liverpool akan sentiasa melihat kembali musim ini, seperti mana yang telah di lakukan tahun lalu, dan tahun-tahun sebelum itu.

Dengan mengatakan, kami akan tetap gembira menyokong pasukan kami. Dalam suka mahupun duka.

Dan kenapa Liverpool FC tetap menjadi ‘pojaan’ hati kami ?

Kerana seronok menyaksikan aksi persembahan pasukan merah ini, tidak bosan. Malah, terdapat kebersamaan di antara kalangan peminat dengan Jurgen Klopp. Iaitu Kopites, yang sentiasa percaya, tidak ragu-ragu terhadap pasukan Liverpool kini sedang berada di landasan yang betul.

Sebagai peminat, kami sentiasa menikmati setiap masa itu adalah masa yang menyeronokkan. Seronok harungi semusim meminati Liverpool, dari Ogos hingga Mei. Tidak kiralah kalah, seri mahupun menang, saat-saat itu akan sentiasa diingati. Dan jika berpisah, terasa rindu dijiwa.

Bola sepak adalah sejenis permainan, dan ia sepatutnya kita enjoy menyaksikannya.

Jangan biasakan diri dengan marah-marah.

Jadi bijak, seperti kami, peminat Liverpool FC. 💪👍

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds