Paolo Dybala Tidak Berada Dalam Senarai Perpindahan Liverpool

Liverpool tidak berniat untuk mendapatkan pemain penyerang Juventus ini.

Kelab itu telah dikaitkan dengan perpindahan masuk pemain ini dan difahamkan Liverpool sanggup mengeluarkan yuran perpindahan setinggi £80 juta untuk pemain antarabangsa Argentina tersebut.

Namun begitu Echo difahamkan bahawa pemain itu tidak berada dalam senarai perpindahan Liverpool, di mana Klopp mahu mempersiapkan pasukan untuk menghadapi musim 2018 2019.

Liverpool ketika ini sedang mempertimbangkan pemain yang akan dibawa masuk setelah menolak untuk mendapatkan Nabil Fekir dengan nilai £53 juta pada Jun lepas.

Penarikan diri saat saat akhir itu berlaku apabila pihak perubatan Liverpool mendapati terdapat kecederaan lama pada lutut Fekir yang menimbulkan kerisauan ianya akan berulang lagi. Ia satu tamparan hebat buat Klopp yang melihat Nabil Fekir sebagai calon pengganti yang sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Coutinho.

Liverpool sekarang memburu pemain alternatif untuk Fekir, di mana spekulasi timbul bahawa Liverpool akan menyambung kembali perbincangan selepas Piala Dunia 2018 berakhir.

Namun sehingga hari ini, belum ada lagi sebarang perbincangan yang dilakukan oleh kedua dua kelab.

Liverpool setakat ini telah membawa masuk Naby Keita dan Fabinho untuk musim 2018 2019.

ADMIN

Sahlah cerita Paulo Dybala itu hanya khabar angin sahaja.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman