Paul Scholes : Gerun Lihat Barisan Serangan, Bukan Pertahanan Liverpool

Lagenda Man Utd ini, Paul Scholes menyatakan pasukan seteru utamanya, Liverpool mempunyai kelemahan yang paling ketara walaupun diakui pasukan ini tidak mahu dijumpai oleh mana-mana pasukan sebenarnya.

Bekas pemain England ini kritikan terhadap pertahanan Liverpool namun, bahagian serangan boleh menjaringkan daripada sesiapa sahaja khasnya.

Paul Scholes memperincikan di bahagian mana yang dirasakan kelemahan paling ketara bagi pasukan Liverpool untuk meneruskan pencarian bagi mendapatkan 4 tempat teratas dalam liga.

Pemain yang pernah memenangi 11 kejuaraan liga tidak begitu teruja melihat bahagian pertahanan Liverpool pada musim ini, walaupun pembelian terbaru Liverpool melibatkan 75 juta pound bagi Virgil van Dijk.

Walaupun dirinya kritikal terhadap barisan pertahanan, namun bekas pemain Reds Devils ini secara terbuka memuji barisan serangan yang dimiliki oleh Liverpool.

” Mereka sangat mengujakan apabila menyerang.

Kemudian, Paul Scholes menambah, 2 posisi yang menjadi kegusaran kepada pemain ini.

“Tetapi bahagian pertahanan masih mempunyai banyak masalah. Saya juga was-was di bahagian penjaga gawang juga.”

Paul Scholes menambah keterangannya terhadap barisan serangan yang ‘dikaguminya’ itu.

“Anda harus memikirkan, sesiapa sahaja boleh jaringkan gol. Ini adalah peluang untuk menang. Mereka mempunyai kelajuan dan ketangkasan. Anda tidak mahu bertemu dengan mereka.”

Dalam pertarungan Liga Juara Eropah yang lepas, Liverpool telah memenangi 5-0 menentang Porto. Manakala pasukan United hanya sekadar seri dengan Sevilla dalam pusingan pasukan 16 terbaik, Liga Juara Eropah, peringkat kalah mati.

Sadio Mane telah menjadi pemain terbaik Liga Juara Eropah untuk minggu lepas, namun, dalam masa yang sama Virgil Van Dijk turut menjadi salah seorang pemain kesebelasan terbaik bagi pusingan pertama Liga Juara Eropah pusingan pertama, peringkat 16 pasukan terbaik.

Bagi Karius sebenarnya, semenjak menjadi penjaga gol pertama Liverpool, sebanyak 16 kali, Karius telah berjaya mendapat 8 cleansheet lebih banyak daripada Simon Mignolet.

Jika dilihat, Karius hanya tewas sekali pada musim ini iaitu ketika Liverpool menentang Swansea pada awal bulan ini.

Tanggapan daripada Paul Scholes pada amnya tidak begitu penting. Yang pasti, selagi pemain bermain dengan sepenuh jiwa dan raga, keputusan akan mendatang dengan baiknya.

Liverpool akan menentang West Ham United pada malam ini jam 11 malam manakala Man Utd akan menentang Chelsea pada esok hari.

Man Utd akan menerima kunjungan Liverpool 3 hari selepas perlawanan kedua Liverpool menentang Porto pada 14 Mac 18 akan datang.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Related posts