Pegawai Pemasaran LFC Billy Hogan Mendedahkan Bagaimana Beliau Mendapatkan Penajaan Besar

New Balance, Western Union, Dunkin’ Donut dan Draftking adalah antara penaja berpengaruh di Liverpool.

Beliau mendedahkan pengaruh besar dari penyokong Liverpool sendiri yang membantu kelab itu mendapatkan penajaan besar dari syarikat terutama dari USA.

Syarikat syarikat tersebut berpendapat Liverpool adalah platform terbaik buat mereka untuk melebarkan jaringan perniagaan mereka ke seluruh dunia.

Menurut Billy Hogan dalam Forbes :

“Bolasepak telah banyak dilibatkan dala aktiviti remaja di Amerika Syarikat”.

“Begitu ramai kanak kanak bermain bolasepak di kawasan kejiranan, luar bandar dan juga di bandar. Dalam 5 tahun lepas, kerjasama antara EPL dan NBC telah menjadi teras kepada pengenalan bolasepak Eropah kepada remaja Amerika, dan Liverpool adalah siaran yang paling banyak tontonan di sini”.

“Ianya satu kesilapan untuk berfikiran sempit dalam pasaran global. Kami mempunyai 770 juta pengikut yang setia dan bersemangat, melambangkan satu keluarga besar bolasepak”.

“Ia merupakan satu aset besar buat rakan kongsi ini melebarkan perniagaan dalam pasaran baru. Misalnya misi bust syarikat Dunkin’ Donut adalah untuk melebarkan lagi pasaran di UK, dan selain itu kami boleh membantu mereka melebarkan prospek perniagaan mereka di Asia dan benua lain”.

“Manakala impak menerusi tajaan Western Union sangat pantas, dengan peningkatan hubungan sosial menerusi pelbagai pasaran. LFC memberi impak global untuk pasaran di 500 ribu cawangan”.

Hogan juga menyatakan bahawa kehadiran mereka di media sosial turut menarik minat prospek kerjasama dari syarikat lain.

“Salah satu kepentingan dalam kerjasama ini bukan sahaja untuk lebih 54,000 penyokong yang berada di stadium setiap minggu, namun secara global setiap hari menerusi laman media dan kandungan kelab”.

“Laman sosial dan platform digital kami telah mencecah 56 juta pengikut menerusi 50 lebih saluran laman sosial. Kami berpendapat dengan adanya peminat secara global dari kami, prospek kerjasama ini dapat peluang untuk mempertingkatkan lagi objektif dari sudut perkembangan perniagaan”.

“Menghadiri perlawanan Liverpool adalah salah satu impian setiap penyokong Liverpool, namun kami faham tidak semua yang dapat peluang tersebut untuk menonton perlawanan dari Anfield”.

“Samada menghadiri perlawanan atau mengikuti perkembangan kelab menerusi laman rasmi kami dan promosi, kami akan memberikan pengalaman baru. Samada secara peribadi atau digital, kami cuba untuk mengujakan mereka”.

ADMIN

Kalau tidak silap, Malaysia Airlines turut bekerjasama dengan Liverpool FC dari aspek penerbangan dan promosi.

Sumber : James Pearce – Echo

Related posts