Pele : Tepisan Gordon Banks Itu Bermulanya Hubungan Kami Sebagai Rakan

Ikon bolasepak dunia itu memberikan penghormatan ke atas pemergian bekas penjaga gol England itu baru baru ini.

Pemergian Gordon Banks telah diumumkan pada hari Selasa lepas berikutan keadaan kesihatannya yang merosot baru baru ini. Penghormatan telah diberikan kepada beliau sejak berita mengenai mendiang tersebar dengan Pele mengucapkam takziah kepada keluarga mendiang.

Kedua dua pemain mempunyai hubungan luar biasa ketika bertemu buat pertama kali pada perlawanan Brazil dengan England pada Piala Dunia 1970, apabila Gordon Banks melakukan antara salah satu tepisan yang terbaik di dunia ketika hingga kini.

Pele menulis satu posting di halaman Twitter bagi menjelaskan bagaimana hubungan beliau dengan Gordon Banks menjadi salah satu yang istimewa selepas perlawanan itu.

Menurut Pele ketika mengimbau kembali mengenai tandukannya yang ditepis Banks ketika itu :

“Pemain ini muncul dengan sepantas kilauan biru di hadapan mata saya, itu yang saya dapat gambarkan”.

“Beliau muncul secara tiba tiba dan melakukan sesuatu yang saya rasa tiada siapa boleh melakukannya. Beliau menepis bola tandukan saya melepasi palang”.

“Dan saya tidak percaya apa yang saya lihat ketika itu. Hingga sekarang jika saya melihat semula saya tidak mempercayai bagaimana beliau melakukannya. Saya tidak percaya bagaimana beliau melakukan tepisan itu dengan amat pantas”.

Meskipun Pele diangkat sebagai pemain terbaik pada eranya, namun Pele mengakui bahawa setiap kali peminat bertemu dengannya kebanyakan tidak berkata mengenai jaringan gol tersebut namun lebih kepada tepisan yang dilakukan Gordon Banks.

Tambah Pele :

“Saya menjaringkan banyak gol sepanjang karier saya, namun sekiranya saya bertemu dengan peminat kebanyakan mereka berkata mengenai tepisan tersebut”.

“Walaupun tepisan itu merupakan satu fenomena namun ianya sesuatu yang akan menjadi persahabatan. Beliau amat baik dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk semua peminat”.

“Jadi saya bertuah kerana tepisan yang dilakukan itu adalah permulaan untuk satu persahabatan yang saya akan hargai sampai bila bila. Di mana saya berjumpa beliau, kami bagaikan rakan karib”.

“Semoga anda bersemadi dengan tenang rakanku. Ya, anda seorang penjaga gol yang mempunyai magik tersendiri. Namun anda memberikan segala galanya sepanjang karier anda. Anda seorang manusia yang berhati mulia”.

Bekas penjaga gol Stoke City dan Leicester, yang kali terakhir membantu pasukan Three Lions menjulang Piala. Dunia pada 1966 meninggal dunia akibat kanser buah pinggang yang dialaminya.

Dan kami memaparkan klip video tepisan yang dilakukan Gordon Banks hasil tandukan Pele.

ADMIN

Anda sentiasa di hati peminat bolasepak, Gordon Banks.

Sumber : Daily Mail

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman