Pemain ke-12 Memberi Impak Yang Bermakna Sepanjang Perlawanan Berlangsung– Alisson

Alisson Becker telah merasakan impak laungan para penyokong dari kedua-dua belah (sebagai pemain Liverpool dan juga sebagai pesaing Liverpool terdahulu)

Penjaga gawang berusia 26tahun itu percaya sumbangan sorakan daripada peminat dapat membuat perbezaan yang ketara semasa perlawanan sedang berlangsung.

Dengan berbaki hanya 1/4 kempen Liga Perdana, Liverpool sedang berusaha sedaya mungkin untuk memburu gelaran (juara bertahan, City juga hebat memberikan saingan ke atas Liverpool).

Sementara itu, perlawanan Liga Juara-Juara juga bakal bermula semula minggu depan (Bayern Munich bersedia untuk melawat Anfield di babak pertama perlawanan kelompok 16).

Alisson telah menyaksikan dan sedar akan kuasa stadium ketika beliau bermain sebagai penjaga gol AS Roma yang ditewaskan oleh Liverpool pada babak kedua peringkat separuh akhir UCL musim lalu – dan suasana yang dia saksikan adalah antara factor yang mempengaruhi keputusannya untuk bergabung dengan kelab Liverpool.

Ujarnya lagi “Sukar untuk bermain menentang Liverpool. Kualiti pasukan sangat mengagumkan. Dan kemudian pemain ke-12, di luar lapangan, iaitu penyokong”.

Tahun lepas, saya boleh ingat tentang separuh akhir yang mereka bermain menentang kami, sukar. Ia adalah suasana yang luar biasa. Ia luar biasa.

Alisson berjaya memperoleh 14 kemenangan tanpa bolos dalam 26 perlawanan Liga Perdana.

Kami pemain, kami mahu pasukan yang mahukan anda, sebuah pasukan yang berkualiti dengan pengurus yang baik dan dengan penyokong yang hebat. Saya fikir di sini di Liverpool anda mungkin penyokong terbesar di dunia. “

Beliau menambah: “Kami teruja dengan [berjuang untuk gelaran]. Kami sangat tertumpu pada (masa) ini. Kami melakukan ini untuk para penyokong, pengurus, untuk kami dan bagi semua orang yang berada di dalam tarungan ini.

“Pasukan ini berbeza.

Saya rasa kita boleh melakukan sesuatu yang istimewa di sini. Tetapi kita perlu meletakkan kaki di padang dan terus bekerja, bekerja, bekerja.

Penyokong adalah sebahagian besar pasukan ini. Mereka tidak boleh pergi ke padang dan bermain tetapi … mereka boleh melakukan sesuatu untuk menggerakkan kami, bagi memarakkan semangat kami untuk melakukan sesuatu yang lebih di padang.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC/ LiverppolOffside

Post Author: Wade Wilson