Pemain Muda Liverpool Ini Umpama Mesin Gol.

Liverpool kelihatan mempunyai pemuda yang sangat istimewa di tangan mereka iaitu Bobby Duncan.

Duncan adalah sepupu Steven Gerrard dan persembahan awalnya di akademi nampak seperti dia boleh menjadi bintang pasukan pertama juga.

Dia menjaringkan gol pada malam tadi dan memberikan assist apabila Liverpool mengalahkan Portsmouth dalam Piala Remaja FA (FA Youth Cup).

Duncan kini mempunyai 19 gol yang luar biasa untuk musim ini dan sembilan assist.

Aksi beliau malam tadi dibantu oleh rakan sepasukannya yang juga berusia 17 tahun, Paul Glatzel. Gandingan hebat itu berjaya menempatkan Liverpool dalam pusingan keempat pertandingan.

Duncan muncul mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Rhian Brewster (dia kini berada dalam rehat kecederaan) dan kelihatan Duncan lebih bersinar.

Liverpool amat bertuah kerana mempunyai penyerang muda yang berkualiti tinggi yang lahir dari akademinya.

Admin – Duncan menikmati musim yang mengagumkan di Anfield dan mungkin boleh berjaya menyertai skuad utama Klopp sekiranya persembahannya makin meningkat hebat. Namun begitu, tidak boleh dielakkan jika ada kelab gergasi lain yang berminat dengannya. Walau apapun destinasi Duncan, peminat Liverpool sentiasa berharap yang terbaik buatnya.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : HITC / espn.com

Post Author: Wade Wilson