Pemain Pertahanan Liverpool Antara Yang Tersenarai Dalam Anugerah Player of The Month Liga Perdana

November merupakan bulan yang hebat untuk pemilik jersi nombor 26 Liverpool, Andy Robertson.

Robertson telah memainkan peranan yang penting dalam dua kemenangan tanpa bolos Liverpool di Liga Perdana Inggeris –

• menentang Fulham dalam kemenangan 2-0 di Anfield pada 11 November 2018 dan
• 3-0 di Vicarage Road menentang Watford pada 24 November 2018 – dan dia menambah satu lagi pencapaian hebat apabila melakukan cross yang cekap justeru membawa kepada gol Shaqiri menentang The Cottagers (Fulham FC).

Robbo kini mempunyai assist terbanyak untuk The Reds pada musim ini iaitu lima; tiga di Liga Perdana dan dua di Liga Juara-Juara. Pemain muda berusia 24 tahun yang memberi impak buat pasukan Liverpool yang sedang berjuang mengekalkan rekod tanpa kalah memberikan pandangannya mengenai kekuatannya dan apa yang dia menyumbang kepada skuad. Inilah yang dikatakannya ketika hampir menjaringkan gol semasa perlawanan Fulham baru-baru ini;

“Saya fikir hanya (untuk) tidak dibolosi – goli (penjaga gol Fulham) telah membuat tangkapan yang baik, saya rasa saya boleh melakukannya dengan lebih baik. Diharapkan ia akan datang tetapi saya dengan rela memberikan assist dan clean sheet, itulah (sebenarnya) peranan saya. Saya suka tugas assist kerana ia adalah lebih semula jadi bagi saya daripada menjaringkan gol. Jika saya boleh membantu pasukan dengan melakukan cross untuk Shaq – dan dia membuat penamat yang hebat – ia sentiasa baik untuk memberi assist dan menyumbang. (Kami) mempunyai banyak celan sheet musim ini dan kami perlu terus melakukannya kerana jika kami mendapat celan sheet, (bermakna) tinggal separuh saja pertempuran untuk memenangi perlawanan. “

Kapten antarabangsa Scotland itu, menjadi sangat penting buat LFC sejak tahun lalu. Robbo diberi peluang untuk mempersembahkan bakatnya selepas Alberto Moreno direhatkan dan berada dalam barisan simpanan selepas mengalami kecederaan dan sejak itu (Disember 2017) Roberton telah bermain 43 daripada 57 perlawanan, dan menurut Jürgen Klopp, lebih banyak lagi akan datang dari Andy;

“Saya tidak membandingkan (antara) musim, jujur, tetapi saya tahu Robbo selama satu setengah tahun dan saya merasakan dia berada di 75 peratus (prestasinya) – mungkin kurang – daripada apa yang boleh dilakukannya. Potensi yang tinggi, namun ia baik-baik saja, tetapi masih banyak lagi yang akan datang, dia masih muda, mempunyai masa yang secukupnya untuk itu. Masih banyak yang akan datang. “

Admin: Semestinya pandangan Klopp terhadap anak buahnya itu adalah sesuatu tidak meragukan. Kita selaku penyokong The Reds, ayuh undi Andy kita – https://plpotm.easports.com/

Antara pemain EPL lain yang bersaing untuk PL Player of the Month Award ialah: Felipe Anderson, Lucas Digne, Leroy Sane, David Silva, Moussa Sissoko dan Raheem Sterling.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Offside

Post Author: Wade Wilson