Pemain Sayap Harry Wilson Mengalami Kecederaan Ligamen Bahu

Pemain antarabangsa Wales yang dipinjamkan ke Hull City ini mengalami kecederaan ketika menentang Chelsea dalam kempen Piala FA di Stamford Bridge.

Harry Wilson mengalami kecederaan ini setelah terjatuh semasa perlawanan tersebut dan dikeluarkan serta merta selepas insiden itu.

Beliau tidak diturunkan ketika kekalahan 3 – 1 ke atas Middlesbrough pada Selasa lepas, dan berkemungkinan tidak diturunkan juga pada perlawanan menentang Sheffield United esok dengan dikhabarkan beliau akan terlepas aksi bersama Hull City sekurang kurangnya sebulan.

Ianya bakal mengecewakan pemain muda ini yang baru melakukan penampilan pertama bersama Hull City ketika menentang Preston dan menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Nottingham Forest.

Jurgen Klopp membenarkan pemain ini dipinjamkan Hull City pada hari terakhir perpindahan setelah menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Wilson adalah penjaring gol yang prolifik buat Liverpool Bawah 23 Tahun namun belum melakukan penampilan dalam skuad senior sejak kali terakhir bermain pada 2015. Beliau sebelum dipinjamkan ke Crewe.

ADMIN

Get well soon Harry Wilson. YNWA.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman