Pemain Watford, Abdoulaye Doucoure Zahirkan Minat Untuk Sertai Liverpool

Pemain berusia 25 tahun ini secara jujur telah menzahir cita-cita dan angan-angannya untuk bermain bagi pasukan Liverpool di Anfield nanti.

Abdoulaye Doucoure tidak berahsia untuk mengatakan perpindahan ke Liverpool adalah satu impian baginya dan bermain di Anfield nanti.

Pemain tengah ini telah bermain 30 kali untuk pasukan Hornet musim ini dan sangat mengagumkan kerana menjadi enjin kepada pasukannya atas abilitinya iaitu atletismnya dan keupayaannya menjaringkan gol.

Doucore juga merupakan penjaring terbanyak untuk skuad Watford dengan 7 gol dan merupakan kunci utama bagi skuad Javi Gracia sejak pengendali daripada Sepanyol itu memegang jawatan pengurus di kelab tersebut sejak Januari yang lepas.

“Liverpool adalah kelab yang anda tidak perlu perkenalkan”

Selepas itu, dalam temuramahnya, Doucore tanpa segan silu menceritakan bahawa dirinya berminat untuk bermain untuk pasukan The Reds pada masa akan datang.

“Anda tidak boleh sabar untuk berada di sana. Anda mahu rasakan suasanya ( di stadium). Bagi saya, ianya adalah satu impian untuk bermain dengan kelab ini.”

Doucore masih menghormati kelabnya ketika ini iaitu Watford yang menjadi ‘watak penting’ dalam kariernya.

“Saya masih bersyukur kepada Watford. Saya yakin dengan kelab ini, kerananya (Watford) yang telah memperkenalkan saya (ke Liga Perdana Inggeris). Jika ada sebarang tawaran, kami akan berbincang untuk dapatkan keputusan terbaik. Semua orang mahu untuk bermain di Liga Juara Eropah, pertandingan yang terbesar.”

Doucoure menyertai Watford daripada Renner pada harga 8 juta pound ketika perpindahan Januari tahun 2016 yang lepas serta menandatangani kontrak 4 1/2 tahun. Pemain itu dipinjamkan ke Granada untuk berada di La Liga hingga musim tamat dan hanya mula menyertai pasukan Watford pada 2016 – 2017.

Dilaporkan Watford menawarkan tambahan kontrak dengan gaji sebanyak 70,000 pound sterling seminggu.

https://www.youtube.com/watch?v=AMSCFDGG3xI

Pemain ini pernah menjaringkan gol ketika bertemu Liverpool, Man Utd dan sebagainya.

Tidak pasti samada Jurgen Klopp mahu mendapatkan pemain ini atau tidak

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Related posts