Pemain Yang Mungkin Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Liverpool FC

“Lap Of Honor” di Anfield Ahad lepas bukan sahaja memberikan penghargaan kepada peminat, namun mungkin juga tanda perpisahan dari kalangan pemain.

Sudah pasti sebahagian besar antara pemain Liverpool akan kembali pada Julai dan akan lengkap sepenuhnya pada Ogos hadapan.

Namun sebahagian besar akan beralih ke pasukan lain untuk menyahut cabaran baru dan juga mencari kesebelasan utama dalam pasukan.

Berikut adalah beberapa pemain yang mungkin dilepaskan oleh kelab, mungkin ……

1. Simon Mignolet

Beliau kehilangan tempat kepada Loris Karius selaku penjaga gol nombor 1 kelab, dan semakin kehilangannya apabila Karius mempamerkan aksi memukau bersama kelab hingga hujung musim ini.

Meskipun begitu, beliau sentiasa merendah diri dan berlatih bersama kelab.

Di umur 30 buat masa sekarang, beliau tidak akan mahu menjadi ‘back up’ untuk penjaga gol utama kelab.

2. Adam Bogdan 

Beliau hanya melakukan 6 penampilan bersama kelab, dan kali terakhir beliau beraksi adalah pada 2 tahun lepas.

Beliau menyertai Wigan secara pinjaman pada Julai 2016, namun kecederaan ACL empat bulan kemudian menyebabkan beliau dihantar pulang dan tidak lagi beraksi selepas itu.

3. Emre Can

Antara pemain yang terlepas ketika acara penghargaan peminat di Anfield pada Ahad lepas. Difahamkan beliau telah berlepas pulang ke Germany untuk rawatan susulan kecederaan belakang beliau.

Can akan melangkah keluar pada musim panas depan selaku ejen bebas. Beliau tidak menyambung kontraknya setelah Liverpool enggan memasukkan klausa pelepasan pada kontrak barunya.

4. Rhian Brewster

Beliau bersama pemain lain dalam keadaan bertongkat pada Ahad lepas, namun beliau boleh berada di kelab yang lain pada Ogos.

Liverpool setakat ini telah gagal untuk meyakinkan beliau menandatangani kontrak profesional bersama kelab.

Kelab Bundesliga, Borussia Monchengladbach dan RB Leipzig telah menyatakan minat untuk mendapatkan pemain muda ini musim hadapan.

5. Daniel Sturridge

Setelah kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Liverpool, beliau memohon untuk ke WBA bagi mencari tempat dalam skuad Piala Dunia England.

Namun ianya tidak menjadi kenyataan. Beliau mengalami kecederaan hamstring selama dua bulan dan hanya bermain 6 perlawanan bersama kelab terbawah EPL itu. Beliau akan dijual pada musim panas hadapan.

6. Divock Origi

Ianya musim yang sukar buat pemain Belgium ini walaupun berada dalam status pinjaman di Wolfsburg. Beliau hanya menjaringkan 6 gol dari 34 penampilan dan sering dikritik oleh peminat kelab tersebut.

Beliau masih belum tamat berkhidmat di kelab itu dengan akan menentang Holstein Kiel dalam aksi penentuan play off penyingkiran.

Klopp harus mempertimbangkan sesuatu mengenai pemain ini. Beliau ada potensi namun umur beliau sudah mencecah 23 tahun.

7. Jon Flanagan

Beliau dipinjamkan ke Bolton pada hari terakhir Januari 2018 dan membuat 9 penampilan bersama kelab tersebut.

Flanagan mempunyai kontrak hingga 2019 tetapi beliau berkemungkinan akan berhijrah, dengan Nathaniel Clyne, Trent Alexander Arnold dan Joe Gomez masing masing bersaing di posisi tersebut.

8. Connor Randall

Beliau dipinjamkan ke Hearts pada musim panas lepas dan melakukan 27 penampilan bersama kelab tersebut musim ini.

Kali terakhir beliau beraksi adalah pada Januari 2017.

9. Lazar Markovic

Beliau merupakan pemain yang mahu dilepaskan oleh kelab secara tetap, namun gagal meyakinkan mana mana kelab yang mahu membelinya dengan nilai £16 juta.

Beliau dipinjamkan ke Anderlecht pada Januari 2018, dan telah dipinjamkan ke 3 kelab berbeza sejak 2015 2016.

ADMIN

Dan seorang lagi yang bakal berhijrah adalah Yan Dhanda. Beliau difahamkan akan menyertai Swansea City dan perpindahan bakal disempurnakan dalam masa terdekat.

Ada yang akan pergi, ada yang akan kekal. Lumrah bolasepak.

Sumber : James Pearce – Echo

Related posts