Pembaharuan Kontrak Daniel Sturridge

Daniel Sturridge dilaporkan bersetuju untuk melanjutkan kontrak dengan Liverpool selepas perkembangan awal musimnya menyakinkan Jurgen Klopp.

Sturridge gagal menjaringkan gol dalam enam penampilan untuk Baggies disebabkan masalah kecederaan. Tetapi dia cergas dengan aura yang luar biasa dan bermain semula musim ini untuk Liverpool dan tampak telah meyakinkan Klopp bahawa dia juga merupakan satu aset buat The Reds.

Pemain berusia 29 itu telah menjaringkan empat gol dalam sembilan penampilan untuk Reds musim ini, walaupun dia belum memulakan permainan.

The Sun melaporkan bahawa dia berpotensi melanjutkan kontrak dengan perjanjian sedia ada, £ 140,000 seminggu bakal tamat pada akhir musim ini. Walaupun kecergasan jangka panjang Daniel Sturridge masih diragui, mereka mendakwa, pendapat itu boleh berubah dengan penstrukturan semuala penampilannya.

Sturridge bangkit dari bangku simpanan dan menyelamatkan satu mata dengan gol yang menakjubkan menentang Chelsea pada hujung September lalu.

Dia mungkin bakal diturunkan sebagai pengganti untuk trio-serangan Liverpool; Roberto Firmino, Mo Salah dan Sadio Mane di Liga Primier tetapi pasti akan mendapat masa permainan ketika Liverpool bersaing dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Dia berkata: “Saya sentiasa berusaha untuk mendorong diri saya ke peringkat seterusnya dan menyumbang sebaik mungkin kepada pasukan untuk membolehkan kami berjaya.”Saya rasa kami sangat tidak bernasib baik sejak beberapa tahun kebelakangan kerana tidak memenangi sesuatu, jadi semoga(musim) ini akan menjadi musim yang kami dapat mencapai itu(kemenangan).

“Tetapi masih ada perjalanan yang panjang untuk dilalui, ada banyak halangan untuk diatasi sebelum kami sampai ke tahap yang kami boleh bercakap mengenai trofi dan perkara-perkara ini.”Ia penting untuk terus fokus sepanjang musim untuk sampai ke penghujungnya – dan semoga ada sesuatu yang akan mengujakan pada akhirnya.”

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Mirror

Post Author: Wade Wilson