Peminat Liverpool Diundi Sebagai Penyokong Yang Paling ‘Bersemangat’ Bagi EPL

Malah, penyokong Everton dan Manchester United juga turut mengakui, yang The Reds adalah penyokong yang paling kuat bersorak gempita di sekeliling stadium.

Dan, bukan itu sahaja, peminat ‘rival’ Man United juga mengakui yang lagu ‘You’ll Never Walk Alone’, adalah lagu terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.

Pungutan suara yang dijalankan oleh Barclays dan YouGov itu, telah mengumpulkan kira-kira 4,000 undi mengikut pasukan ‘top-flight’, bekas pemain dan pengurus.

Ini menunjukkan, bukan sahaja penyokong dari pasukan saingan yang yakin bahawasanya, peminat The Reds adalah yang paling bersemangat berbanding peminat dari pasukan lawan yang lain, tetapi ianya diakui sendiri oleh para penyokong Liverpool, yang secara langsung mempengaruhi keputusan tersebut.

34% daripada penyokong Liverpool sangat yakin dan percaya yang pasukan merah bimbingan Klopp ini, mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi adalah berdasarkan kepada perubahan hasil permainan pasukan, yang melebihi daripada mana-mana sebab, dan purata kesemua undi dari penyokong digabungkan (24%).

Kemenangan Liverpool 4-3 keatas Manchester City yang memegang rekod tanpa kalah ketika itu, telah dipilih sebagai permainan di mana para peminat membuat perbezaan yang paling besar untuk keseluruhan keputusan permainan bagi musim ini.

Kesimpulannya, peminat mahukan usaha keras para pemain di padang, bukan sekadar dalam menghadapi perlawanan bolasepak yang besar sahaja, atau bukan semata kerana kemenangan, tetapi satu pasukan yang bermain dari ‘hati’ dan komitmen yang padu.

Lebih dari seperempat (28%) daripada semua peminat, menyatakan sebab diatas adalah sebab yang utama, dengan kemenangan menjadi sebab kedua (22%), dan bermain dengan baik sebab ketiga (18%). Sementara gaya bermain bolasepak yang menghiburkan disenaraikan untuk sebab keempat pada 13%.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Barclays, yang telah terlibat dalam dunia bolasepak tertinggi selama lebih dari 30 tahun ini, termasuk 16 yang terakhir sebagai penaja Liga Perdana, akan diterbitkan dalam laporan lengkap ‘Game Changing fansThe 12th Player in every Premier League team’, pada awal bulan Mei depan.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds