Peminat Manchester United Bersependapat Dengan Bekas Penyerang Liverpool Mengenai Paul Pogba

Man Utd bakal menghadapi Liverpool untuk perlawanan Liga Perdana minggu ini di Anfield dan beberapa peminat tidak fikir Paul Pogba harus diberi tempat dalam skuad utama Morinho.

Bekas penyerang Liverpool, Craig Bellamy percaya Jose Mourinho tidak sepatutnya menurunkan Paul Pogba untuk perlawanan menentang Liverpool, dan para peminat mereka juga setuju.

Pemenang Piala Dunia itu dibawa kembali dalam kesebelasan utama melawan Valencia setelah menetap di bangku simpanan untuk perlawanan menentang Arsenal dan Fulham.

Tetapi, selepas persembahan yang kurang memuaskan di Liga Juara-Juara, Bellamy percaya Pogba sepatutnya diletakkan di bangku simpanan ketika bertemu Liverpool di Anfield.

Pundit SkySport itu berkata kepada The Debate, “Pogba teruk sekali lagi malam ini. Mourinho tidak mendapatkan yang terbaik dari Pogba, itu jelas. Kelihatan kurang minat dari Pogbas sendiri.

“Saya tidak pasti sama ada dia hebat seperti ramai pemain yang sedia ada. Ada perlawanan besar pada hari Ahad (hari Isnin mengikut waktu Malaysia), Liverpool versus Manchester United adalah permainan terbesar dalam Liga Perdana (perlawanan) antara pasukan yang memenangi paling banyak trofi. Perlawanan yang luar biasa.

“Jika anda Mourinho, selepas (menyaksikan) persembahan Pogba hari ini, ia akan menjadi sangat sukar untuk mengatakan bahawa dia perlu bermain, dia perlu meninggalkannya lagi.”

Sementara peminat United berbeza pendapat berhubung isu ini, satu undian atas talian yang dilakukan melalui akaun Twitter MEN menyaksikan 55% daripada 1.591 pengundi, menyokong supaya Mourinho tidak menurunkan pemain antarabangsa Perancis itu untuk perlawanan menentang Liverpool.

Admin: Memandangkan Liverpool adalah satu-satunya kelab dalam Liga Perdana yang belum kalah pada musim ini, pastinya peminat-peminat United mahukan Morinho menurunkan skuad yang kuat.
Namun begitu, admin percaya Klopp punyai plan yang lagi hebat untuk menundukkan MU kali ini.

#YNWA
#KempunanSekianLama

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Manchester Evening News

Post Author: Wade Wilson