Peminat Reds Berang Selepas Mendapat Tahu Coutinho Yang Menjadi Dalang Untuk Barca Menandatangani Firmino

Bekas pemain tengah Reds dilaporkan mahu menjalinkan kembali kerjasama hebat beliau dengan Firmino, kali ini bertempat di Sepanyol.

Atas sebab itu, para peminat Liverpool mula berasa tidak gembira dengan berita tersebut, yang dilaporkan Coutinho mahu Barcelona menandatangani bekas rakan sepasukannya, Roberto Firmino.

Laporan sensasi dari Sepanyol mendedahkan bagaimana Barcelona melihat Firmino sebagai pengganti yang sesuai kepada Luis Suarez untuk jangka masa panjang.

Pemain antarabangsa Uruguay itu kini berusia 31 tahun dan semakin menjelang kepada pengakhiran kariernya sebagai pemain bola sepak. Dan dipercayai juga, Barcelona tertarik dengan etika kerja Firmino yang mantap, lagi berkemampuan hebat dalam memberi tekanan kepada pihak lawan di padang.

Lebih-lebih lagi, Coutinho dikatakan telah memberikan pendapat yang baik terhadap Firmino, yang menguatkan lagi minat kelab Catalan itu dalam mendapatkan khidmat Bobby.

Roberto Firmino Sasaran Baru Barcelona Buat Penyokong Naik Angin

Menurut ‘El Chiringuito de Jugones’, Firmino kini berada di kedudukan teratas dalam senarai nama bagi pemain yang menjadi sasaran Barcelona, dan kelab itu bahkan mula mengatur langkah untuk menandatangani Firmino.

Ternyata, mereka tidak akan tergopah gapah untuk menandatangani Firmino pada bulan Januari ini, seperti mana yang pernah mereka lakukan ketika menandatangani Coutinho pada 2017, tetapi sebaliknya mereka akan ‘menyerang’ pada akhir musim.

Kerana itulah juga, para peminat Liverpool menjadi kecoh seketika, yang berang dengan Barcelona, sehingga bertindak balas di laman media sosial.

Rata-ratanya, ramai yang tidak berpuas hati dengan cadangan supaya Firmino mengikuti jejak langkah Coutinho untuk keluar dari Anfield.

Antara yang menulis, :

Adakah pisang akan berbuah dua kali … ?

Berserta dengan beberapa emoji menangis. 😭😭😭

Manakala yang lain menambah, seumpama memberi amaran kepada Coutinho :

Jangan kau berani bercakap dengan Bobby !

Ada yang seakan pasrah, :

Barcelona pasti akan mendapatkannya pada jendela perpindahan musim panas ini.

Dan sebahagiannya menyimpulkan, :

Realiti … bukan saja Barca, semua kelab nak kan dia. 😁

Pandai Barca berpolitik .. dia target Firmino sebab dia tahu yang Firmino kawan baik Coutinho. Diorang akann tahu yang Firmino akan berbelah bagi bila dapat tawaran dari Barca. Sama ada sayangkan Liverpool, atau ingin bersama kawan baik yang pernah bersama dulu. Harap-harap Firmino tak buat-buat sakit mata. 🤭

Jual ja. Tapi kena dengan harga nya. Kalau aku, aku letak 300 juta pound ! 😱😅

Malah, ada yang memberi tanggapan awal, susah untuk mempercayainya.

Jual mahal sikit. Baru sedap nak shopping orang baru. 😁

Tak naik angin pun hahaha bagus lah. Tahniah ! 👏👏👏

Admin :

😂 Pelbagai reaksi, kesimpulannya apa ?

 

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Mirror | Komen Member LMreds

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds