Pendedahan : Klopp Hampir Mengulangi Pencapaian Dortmund Dahulu Di Liverpool

Ianya seakan akan sejarah yang diceritakan semula dari Dortmund 7 tahun lepas.

Tiga musim dengan dua perlawanan akhir di Eropah. Jika ianya menjadi kayu pengukur, ia hanya satu fakta umum yang jelas.

Jurgen Klopp tiba di Anfield 3 tahun lepas, dan beliau hanya melakukan dengan pantas di mana Liverpool memerlukan masa 22 tahun untuk merealisasikan kembali.

Namun peningkatan dramatik ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan sebenarnya.

Klopp seolah olah mengulangi sejarah yang beliau telah lakukan di Borussia Dortmund dalam 7 tahun lepas. Pada 2013, beliau telah membawa Borussia Dortmund menentang lawan yang sebenar, Real Madrid.

Perkara yang memainkan peranan bagaimana Klopp berusaha untuk memulihkan reputasi kelab adalah berdasarkan di mana kedudukan “UEFA club coefficient”.

Setiap kelab diberikan “coefficient” atau mata berdasarkan persembahan kelab di peringkat domestik dan Eropah dalam 5 musim sebelumnya.

“Coefficient” inilah yang menentukan ranking kelab di Eropah, dan sekaligus menentukan balang mana untuk cabutan undi kejohanan Eropah jika kelab itu berjaya melayakkan diri.

Berbalik kepada Klopp, beliau tiba di Dortmund dengan kelab tersebut berada di ambang kebangkrapan dalam masa beberapa tahun lagi.

Pencapaian terbaik Dortmund ketika itu adalah menyertai UEFA Cup dan berada dalam kejohanan Intertoto Cup di mana sering menjadi mangsa penyingkiran kelab yang lebih rendah tarafnya seperti Genk dan Sigma Olomouc.

Dortmund juga berada di ranking 110 di Eropah ketika itu, dan musim seterusnya mereka gagal menempatkan diri dalam kancah Eropah dan ranking kelab terus jatuh ke 120.

Antara kelab yang berada di atas Dortmund ketika itu adalah CFR Cluj yang sudah dibubarkan, CSKA Sofia, Livorno ( yang kini beraksi di Serie C ) dan Milwall.

Ketika itu, Liverpool berada di kemuncak kejayaan dengan menduduki ranking ketiga dalam UEFA Club Coefficient!

Dalam masa 7 tahun, beliau telah membawa Dortmund kembali ke kemuncak kejayaan, dengan layak ke final pada 2013 di Wembley dan berada dalam kedudukan yang amat cemerlang dalam kejohanan Eropah selepas itu.

Tugasan beliau di Dortmund hampir sempurna, dengan beliau menukarkan statud kelab dari penyingkiran awal oleh Sochaux di UEFA Cup kepada persaingan hebat terhadap Bayern Munich di pentas final.

Dalam masa 7 tahun juga, beliau telah berjaya menaikkan kedudukan Dortmund dari 120 kepada 13 dalam ranking UEFA.

Dan pada ketika itu, kedudukan Liverpool telah jatuh daripada 3 kepada 42.

Ya, Liverpool berada pada kedudukan ini pada 2015 2016 di mana Klopp menyertai kempen Liverpool 2 bulan setelah musim bermula.

Dalam jangka masa itu juga, Klopp telah menyaksikan bagaimana kelab yang berada di Top 3 Eropah “jatuh” perlahan lahan dengan Rubin Kazan, Anderlecht, dan Sporting Braga berbangga berada di atas Liverpool FC.

Dan pada masa yang sama, Liverpool perlahan lahan kembali ke pentas Eropah di atas daya usaha pengurus yang berkarisma.

Kekalahan ke atas Sevilla dalam final Europa League pada musim pertama, dan tanpa kejohanan Eropah pada musim kedua dan kembali ke UCL pada 2 musim berterusan telah meningkatkan kedudukan Liverpool ke tangga 22 dalam UEFA Coefficient, dan akan menjadi lebih baik selepas perlawanan akhir ini.

Sebenarnya memang banyak perkara yang dilakukan Klopp untuk mengembalikan semula status Liverpool sebagai salah sebuah kelab yang disegani.

Dan salah satunya, mengembalikan status Liverpool sebagai salah satu kuasa Eropah sepertimana yang Dortmund rasakan 7 tahun lepas.

ADMIN

Perkembangan sesebuah kelab itu amatlah memerlukan masa untuk berkembang.

Dua final dalam tempoh 3 tahun, atau tiga final secara keseluruhan adalah satu pencapaian yang baik dengan skuad yang sedia ada. “This Mean More” musim depan.

Sumber : Liverpool Echo

Related posts