Pendedahan : Nilai Perbelanjaan Perpindahan LFC Untuk Musim Panas 2018

Ianya merangkumi pembelian pemain, penjualan pemain dan juga klausa peminjaman.

Liverpool telah membelanjakan sebanyak £160.85 juta untuk pemain baru dan juga mendapat pulangan £35.75 juta hasil daripada penjualan pemain pada musim panas ini.

Namun begitu, hanya £125.1 juta sahaja yang dibelanjakan terlebih dahulu dan ianya boleh meningkat berdasarkan kepada pilihan dan klausa tambahan yang dipersetujui bersama kelab asal pemain.

Jika kesemua klausa pembelian pemain baru itu mencapai sasaran, maka perbelanjaan pembelian pemain akan meningkat hingga £174.35 juta musim ini.

Manakala figura untuk penjualan pemain boleh meningkat hingga £45 juta jika Karius mahu berpindahn ke Besiktas secara tetap. Selain itu figura itu juga menjadi lebih tinggi jika ada mana mana pemain meninggalkan Liverpool pada Januari hadapan.

Liverpool dan Wolves telah bersetuju dengan nilai £22 juta untuk Divock Origi namun pemain itu enggan berpindah ke kelab yang baru dinaikkan ke Liga Perdana itu. Dortmund selepas itu berminat namun kedua dua kelab gagal mencapai persetujuan mengenai bayaran perpindahan dan akhirnya Origi kekal di Anfield.

Pedro Chirivella pula tidak jadi berhijrah ke Rosenborg dengan nilai £3.5 juta, manakala perpindahan Lazar Markovic ke Anderlecht yang bernilai £2.9 juta turut tidak menjadi kenyataan. Kedua dua pemain gagal mencapai persetujuan dengan kelab yang disertai.

Liverpool hanya menerima bayaran £1 juta untuk peminjaman Harry Wilson dari Derby County, manakala pemain muda seterusnya seperti Ben Woodburns, Ovie Ejaria, Sheyi Ojo dan Ryan Kent turut dipinjamkan ke kelab lain.

Tetapi kontrak baru yang ditawarkan sebelum pemain muda itu dipinjamkan turut memainkan peranan tersendiri. Difahamkan Bristol City terpaksa membayar £500,000 kepada Liverpool untuk Kent kerana gagal memenuhi kriteria dalam klausa peminjaman yang mahukan pemain itu bermain dalam jumlah perlawanan tertentu.

Jumlah perbelanjaan untuk pembelian pemain :

Masuk

Alisson : £56 juta (berpotensi £65 juta)

Naby Keita : £52 juta

Fabinho : £40 juta (berpotensi £44.5 juta)

Shaqiri : £12.85 juta

Jumlah : £160. 85 juta dan berpotensi meningkat menjadi £174 juta.

Keluar

Ings : £18 juta ( potensi £20 juta untuk perpindahan tetap )

Ward : £12.5 juta

Karius : £2.25 juta ( potensi £7.75 juta untuk perpindahan tetap )

Klavan : £2 juta

Wilson : £1 juta

Jumlah : £35.75 juta dan berpotensi meningkat menjadi £45 juta 

 

Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan :

£125 juta ( berpotensi £129 juta )

ADMIN

Untuk meningkatkan kualiti pasukan, Liverpool harus berbelanja besar untuk pemain yang tepat untuk kelab.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman