Pengarah Sukan AS Roma, Monchi : Kami Tidak Mahu Jual Mohamed Salah, Kami Terpaksa

Pengarah Sukan AS Roma, (atau seperti mana jawatannya di Liverpool, Michael Edward) secara terbuka mengatakan bahawa Liverpool seharusnya membelanjakan wang lebih besar kepada AS Roma, yang ketika itu ‘terpaksa’ untuk menjualkannya.

Skuad Giallorossi ketika itu sangat tergugat untuk mengimbangi akaun bagi memajukan kepada UEFA untuk kekal mengekalkan keupayaan dalam UEFA’s Financial Fair Play parameter apabila terpaksa menjual Mohamed Salah, Antonio Rudiger, Leandro Peredes dan Emerson Palmieri.

Bekas pengarah sukan Sevilla yang merencanakan perkembangan skuad Sevilla sebelum ini mengarahkan semua peminatnya ‘bersabar’.

“Saya berasa jatuh cinta apabila tiba di sini. Saya terus menyukai peminat dan Roma.”

Liverpool telah memenangi perlawanan pertama dengan 5-0 di Portugal menentang Porto dan Salah sekali lagi telah merekodkan gol menjadikan 30 gol untuk sepanjang musim dengan baki 3 bulan untuk menutup musim 2017/18.

Ditanya tentang impak yang diterimanya di Anfield, adakah skuad Giallorossi ini tersilap langkah?

“Pada akhirnya, kami berjaya mendapatkan €50 (Euro) beserta bonus, dan dalam ketika itu, kami harus menjual. Itu adalah paling utama. Penjualan Neymar dan pembelian Kylian Mbappe telah merubah lanskap pasaran pada masa itu secara tiba-tiba. Tetapi ketika itu memang wajib kami menjual pemain.”

 

Monchi turut mengatakan bahawa harga yang diterimanya untuk mendapatkan Salah seharusnya lebih tinggi.

“Saya masih rasakan kami masih boleh mendapat harga lebih tinggi untuk Salah. Namunketika itu, ianya beri kemungkinan untuk kami terus kekal stabil (akaun). Ketika saya sampai, Liverpool telah melakukan tawaran €32 juta dan €3 bonus. Dalam bola sepak kini, pemain bola pergi ke mana yang mereka mahu.”

Bekas pengarah sukan Sevilla ini, cuba membandingkan kejayaan AS Roma dan Sevilla.

” Angka adalah penting,kerana pada akhirnya kita berada dalam satu bisnes (kelab), tetapi peminat tidak nampak itu. Dalam waktu saya di Sevilla, peminat hanya fokus kepada bilangan trofi yang dimiliki. Di sini ianya masih tidak wujud.”

 

Monchi yang turut menyuruh peminat sedikit bersabar dengan situasi kewangan untuk AS Roma khasnya.

“Saya faham apa yang peminat mahukan. Mereka tidak melihat kepada nombor (kewangan). Mereka hanya mahukan kewangan dan itu adalah tanggungjawab saya. Kami perlu bina kelab bukan hanya berdasaran kewangan, tetapi konsisten sepanjang masa (kewangan). Peminat tidak mahu janji kami, mereka mahu keputusan sahaja. Saya terimanya dan mahukan sedikit kesabaran. Ianya perlukan masa.”

Mujurlah Liverpool telah berjaya mendapatkan Mohamed Salah sebelum pemergian Neymar ke PSG dan Kyllian Mbappe. Jika tidak harga Mohamed Salah adalah sekurang-kurangnya pada kadar 60-90 juta pound ketika itu.

Untuk perjanjian Mohamed Salah ini, ianya satu pembelian yang sangat-sangat menguntungkan bukan hanya kepada Liverpool, tetapi di seluruh Liga Perdana Inggeris dan Eropah khasnya.

Moga-moga pembelian pada musim hadapan diselesaikan dengan segera seperti mana musim ini dengan ditambah musim Piala Dunia yang mana harganya akan meningkat dan berlaku inflasi yang sangat tinggi.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds