Pengaruh Milner Sangat Besar Dalam Kecemerlangan Alexander-Arnold

Trent Alexander-Arnold telah mendedahkan, yang James Milner begitu banyak memainkan peranan penting dalam kecemerlangan beliau mengharungi musim 17/18, baik untuk kelab mahupun negara.

Pemain berusia 19 tahun itu secara tidak langsung, telah beraksi bersama skuad utama Liverpool dalam 33 perlawanan untuk 2017-18.

Ini termasuk aksinya dalam Liga Juara-Juara, yang mana menyaksikan pasukan Jürgen Klopp menamatkan perlumbaan di Kiev di kedudukan kedua.

Dengan begitu matang, Alexander-Arnold menangani tekanan dan tanggungjawab yang semakin meningkat di bahunya, dia akhirnya mendapat tempat dalam skuad Gareth Southgate untuk 23 pemain England mengharungi cabaran Piala Dunia.

Dan, dalam minggu ini bermulanya Piala Dunia di Rusia, bek kanan Liverpool ini menjelaskan mengapa dia memberi kredit kepada rakan senegara dan juga kelab, atas kecemerlangan beliau di sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu.

Menurut TAA, Milner banyak mengajar beliau.

Seperti mana beliau sendiri, Milner awalnya juga datang dengan umur yang sangat muda. Oleh itu, sangat faham situasi dihadapi TAA, yang sentiasa ada jika TAA perlukan seseorang untuk bercakap.

Bagi TAA sendiri, beliau merasakan sangat penting untuk mempunyai pemain lain di sekelilingnya, yang ada untuk beliau.

Milner sendiri di Liverpool juga terang TAA lagi, adalah salah seorang pemain yang telah berjaya dalam kerjayanya. Dia tahu bagaimana untuk memenangi sesuatu dan bagaimana ia harus dilakukan.

Kerana itu Milner langsung tidak lokek untuk banyak membantu TAA pada musim ini.

Sehinggakan, jelas TAA lagi, setiap kali sebelum sebarang perlawanan besar diadakan, Milner akan sentiasa datang kepada beliau hanya untuk memberikan kata-kata sokongan, :

.. terus beraksi dengan gaya sendiri, jangan mengubah permainan dengan gaya sendiri terlalu banyak.

Kata-kata itulah, yang menjadi kekuatan bagi TAA, yang menganggap ianya satu simbolik untuk beliau kekal tampil beraksi sebagaimana beliau bermain dan tidak akan mengubahnya untuk sesiapa sahaja.

Admin :

Sikap seorang ketua. Begitulah peranannya si Milner sebagai ketua kedua bagi pasukan merah Liverpool. Tanggungjawabnya dipikul bersama-sama kapten kesayangan kita semua Henderson. 💪

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Related posts