Penghormatan Terakhir Klopp Buat Ings : ‘Kami Pasti Akan Merinduinya’

Jürgen Klopp telah memberi penghormatan terakhir buat Danny Ings, selepas disahkan penyerang itu akan meninggalkan Liverpool untuk menyertai Southampton.

Penyerang itu pada mulanya akan berpindah ke St Mary secara pinjaman sepanjang musim 18/19, sebelum perpindahan secara kekal dilakukan pada 1 Julai 2019.

Ings menghabiskan masa selama tiga tahun di Anfield selepas berpindah dari Burnley. Yang mana dalam masa tersebut, Ings berjuang sedaya upaya untuk kembali ke kecergasan semaksimum mungkin akibat daripada dua kecederaan lutut yang serius.

Dia hanya mampu beraksi dengan 25 penampilan dan 4 gol.

Klopp mengakui yang dia sangat berat hati untuk melepaskan Ings. Tidak sanggup katanya membiarkan pemain berusia 26 tahun itu meninggalkan The Reds.

Bercakap kepada Liverpoolfc.com, Klopp berkata ini adalah perasaan yang sangat pelik, apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Danny Ings.

Jelas Klopp lagi, emosi terbesar kini adalah untuk menghadapi seberapa banyak nanti kita akan merindui Ings. 😢

Bagi Klopp, Ings seorang pemain yang sangat hebat.

Secara jujur juga Klopp ungkapkan, jika untuk membina satu watak yang penuh dengan semangat, sudah pasti Ings lah orangnya.

Danny Ings, seorang yang sangat positif dan penuh bertenaga. Semestinya Liverpool akan merindui beliau, kerana dia adalah pemain bola sepak yang mempunyai segalanya, bukan hanya semangat tapi kekuatan sebagai seorang pemain juga.

Namun, dibawah pimpinan Klopp, Ings langsung tidak berkesempatan untuk beraksi penuh. Klopp hanya melihat aksi beliau melalui rakaman video. Ternyata, Ings adalah pemain yang benar-benar Klopp ingin bekerjasama. Mungkin, atas sebab itu Klopp simpan Ings, beri peluang untuk dirinya sendiri supaya berkesempatan melatih Ings.

Tetapi, cerita malang Ings melebihi dari segalanya.

Hakikatnya juga, Ings sendiri yang menyampaikan hasrat untuk berpindah. Dan jelas, jendela perpindahan kali ini adalah masanya yang paling sesuai. Southampton juga begitu menarik minat Ings sendiri untuk menyertainya. Malah, disana juga keluarganya tinggal, dan merupakan kelab semasa beliau kanak-kanak.

Atas sebab itu, Klopp dan Liverpool serta kita semua mengucapkan salam perpisahan YNWA buat Danny Ings.

Segala-galanya pasti akan menjadi baik, buat seorang pemain yang baik. Cuma perlu sedikit tuah sahaja.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds