Pengurus Besar Juventus, Beppe Marotta: Juventus Masih Menunggu Maklum Balas Emre Can

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita dan dakyah yang mengatakan Emre Can telah bersetuju berpindah dalam pelbagai media sejak Disember mahupun permulaan musim 2017 – 2018 yang lepas.

Namun yang pastinya, Emre Can tidak lagi membuat keputusan.

Pengurus besar kelab gergasi Itali, iaitu kelab Juventus, Beppe Marotta memberi maklumat terkini mengenai situasi Emre Can dan Juventus.

Pada asalnya, pertanyaan menjurus kepada pengurusnya Max Allegri yang dilaporkan mahu dirisik oleh PSG pada musim hadapan. Namun, Marotta terus mengubah subjek dan bercerita tentang Emre Can.

Di dalam temuramah yang dilakukan oleh Mediaset Premium sebelum perlawanan Juventus pada Sabtu lepas, Marotta ada menyebut:

“Kami sentiasa mahu membeli dan merancangnya dari semasa ke semasa. Kami mempunyai skuad yang mampu untuk bermain dalam 3 kejohanan dan ianya menepati apa yang kami mahukan.”

Ditambah mengenai situasi Emre Can,

“Kami sentiasa bersedia untuk menerima sebarang peluang. Kami tidak boleh nafikan bahawa kami fokus kepada Emre Can dan menunggu responnya. Ini adalah sasaran utama. Jika kami menerima respon yang negatif, kami akan sasarkan pemain yang lain pula.”

Ini jelas menunjukkan bahawa, Juventus kini masih tidak pasti akan peluangnya untuk mendapatkan pemain antarabangsa Jerman itu, Emre Can pada musim hadapan yang bakal menamatkan kontrak dengan Liverpool pada hujung musim ini.

Dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa Liverpool masih lagi mempunyai sedikit peluang mendapatkan kontrak sambungan dengannya.

Situasi terkini, Emre Can telah dikeluarkan lebih awal pada pertengahan separuh masa pertama, Jurgen Klopp menjawab dengan mengatakan kecederaan yang dialaminya tidak begitu serius. Namun, ianya akan menjadi lebih serius jika diteruskan perlawanan tersebut.

Emre Can adalah bekas pemain Bayern Munich yang dijual kepada Bayern Leverkusen. Liverpool telah memblei pemain ini sekitar 8.9 juta pounds pada tahun 2014 – 2015 yang lepas dalam klausa tebus kontrak (release cotract) ketika itu.

Pertikaian kontrak untuk disambung semula oleh Emre Can adalah meliputi aspek gaji yang tertinggi, ‘guarantee’ sebagai pemain kesebelasan utama dan mahu dimasukkan klausa perpindahan (release clause) dalam tuntutan kontrak barunya itu.

Liverpool jelas tidak mahu tunduk dengan permintaan agen Emre Can dan pemain itu kerana ianya akan mengugat struktur gaji dan keseimbangan kewangan Liverpool. Kelab The Reds lebih rela dikorbankan pemain ini agak keharmonian di bahagian kewangan tidak digugat.

Pada asasnya, Liverpool bersetuju untuk memberikan gaji yang diminta, dan hanya tidak bersetuju dengan klausa perpindahan yang ditetapkan oleh agen Emre Can.

Oleh yang demikian, Emre Can masih lagi tidak membuat keputusan samada ingin berpindah atau terus kekal bersama Liverpool dengan kontrak baru. Pemain itu, jelas mahu menyelesaikan perkara ini selepas tamat musim nanti dan mahu fokus kepada kelab terlebih dahulu.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds