Pengurus Jerman, Oliver Bierhoff: Emre Can Mungkin Berpeluang Ke Serie A & Juventus

Pengurus Jerman, Oliver Bierhoff merasakan mungkin ada potensi “60-80 peratus” untuk pemain Liverpool, Emre Can bakal berpindah ke Juventus pada penghujung musim nanti.

Pemain tengah Liverpool ini, bakal berakhirnya kontrak dengan kelab daripada Merseyside pada 30 Jun 2018 nanti dan boleh mula berbincang dengan pra-kontrak bersama kelab barunya pada Januari 2018 nanti.

Pemain Jerman itu sangat dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus itu termasuklah Leon Goretza, yang kinji berada di Valencia.

“Kami bercerita tentang 2 pemain utama iaitu Leon Goretza dan Emre Can” Kata Bierhoff

“Ketika ini, mereka mempunyai banyak pilihan pada masa hadapan dan ianya adalah pilihan peribadinya. Ketika ini, pemain itu (Emre Can) adalah pemain terbaik di England, tetapi mungkin ‘godaan’ daripada kelab Sepanyol yang kuat mungkin mengujakan.

“Emre Can dan Goretza pasti akan berjaya di Serie A juga. Juka Inter berada di puncak liga, dan jika salah seorang akan ke Itali, pastinya mereka akan memilih Juventus.

Bierhoff menceritakan tentang potensi di antara Emre Can & Leon Goretza untuk berpindah mengikut pendapat peribadinya.

“Goretza mungkin akan ke sana. Tetapi ianya sekadar dalam 20 peratus sahaja. Saya lebih rasakan Emre Can untuk berada di sana. Saya berikan 60-80 peratus (untuk Emre Can berada di Serie A).”

Selain itu juga, pengurus Jerman turut membincangkan mengenai beberapa pemain lain mengikut pandangan peribadinya seperti bek Benedikt Howedes yang dicadangkan untuk ke Juventus atau Serie A juga dalam situasi kontraknya di Schalke o4

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds