Pengurus PSG, Unai Emery Nafikan Perpindahan Keluar Julian Draxler

Pemain Jerman ini dikaitkan oleh media berikutan khabar angin bahawa pemain ini bakal berpindah ke Liverpool nanti.

Ini berikutan, pemain ini yang mempunyai bakat yang besar disisihkan oleh pengurus PSG, Unai Emery pada musim ini, terutama setelah mendapatkan kelibat Neymar daripada FC Barcelona.

Berita ini bolehlah dikatakan berita palsu kerana tiada sebarang sumber yang sahih mengesahkan tentang perkembangan perpindahan pemain ini ke Liverpool.

Dan yang terbaru, pengurus Paris Saints Germain sendiri, Unai Emery mengesahkan potensi perpindahan Julian Draxler berpindah keluar pada Januari nanti adalah palsu.

“Dia (Julian Draxler) adalah evolusi yang konsisten dan mempunyai tenaga yang banyak. Di PSG, Draxler berada dalam keadaan selamat, sangat memberi impak dalam perlawanan kami dan banyak belajar.”

Rekod penampilan Julian Draxler pada musim hanyalah tampil dalam 6 perlawanan daripada 16 perlawanan keseluruhan PSG ketika ini.

“Saya bercakap dengannya banyak kali. Saya sangat pentingkan kualiti yang dimilikinya. Dia adalah salah seorang pemain yang paling berwawasan. Dalam masa sama, Draxler tunjukkan prestasi yang baik di padang, juga dalam pasukan kebangsaan Jerman. Saya boleh katakan, Draxler adalah pemain yang penting untuk kami.”

Ketika ini, Draxler telah jaringkan 2 gol dalam 13 perlawanan dalam liga berbanding pada musim lepas dengan 4 gol (serta 1 bantuan gol) dalam 17 penampilan keseluruhan di liga Ligue 1 bersama skuad Paris Saint Germain.

 

Related posts