Penilaian Pemain : Man City – Liverpool

Penilaian Pemain-Pemain Liverpool Ketika Menentang Manchester City:

Dejan Lovren Menunjukkan Aksi Yang Menakjubkan Di Bahagian Pertahanan.

Manchester City telah menunjukkan aksi yang sangat bertenaga dan berintensiti tinggi di babak pertama sehingga menyukarkan Liverpool untuk settle down.

Mereka berjaya mendapatkan gol seawal minit ke-2 perlawanan hasil daripada kesilapan Van Dijk yang meninggalkan posisinya dan membuka peluang kepada Raheem Sterling untuk membantu Gabriel Jesus menewaskan penjaga gol Liverpool,Loris Karius.

Man City meneruskan penguasaan permainan dalam usaha untuk menambah jaringan gol dan gol kedua seakan-akan menjelma setelah Leroy Sane menyepak masuk bola ke gawang Liverpool.

Namun jaringan itu tidak dikira kerana penjaga garisan mendakwa Sane berada di posisi offside walaupun pada hakikatnya dia berada di posisi onside.Bernardo Silva juga mempunyai peluang untuk menambah jaringan namun percubaannya terkena tiang gol.

Liverpool hanya mempunyai peluang terbaik untuk mengikat kedudukan pada  minit ke-45 apabila Oxlade Chamberlain bermain 1-2 dengan Salah berjaya mengelirukan pemain pertahanan dan penjaga gol City namun percubaannya tersasar.Separuh masa berkesudahan City 1-0 Liverpool.

Separuh masa kedua,Liverpool memperkemaskan permainan dan berhasil mendapatkan jaringan penyamaan menerusi penyerang sensasi Liverpool.

Mohamed Salah hasil gerakan menarik bersama Sadio Mane.City cuba bangkit dengan memasukkan penyerang sensasi mereka,Sergio Aguero pada minit ke-66 dan Ilkay Guendogan (77)menggantikan David Silva dan Bernardo Silva bagi mendapatkan jaringan tambahan.

Namun,Firmino yang bijak memanfaatkan kesilapan Otamendi dan menambah derita City dengan mudah menewaskan Ederson pada minit ke 77.

Selepas itu,Firmino,Alexander-Arnold dan Salah dikeluarkan pada minit 81 dan 89 dengan Ragnar Klavan,Clyne dan Ings bagi memperkemaskan bahagian pertahanan.Masa penuh perlawanan Manchester City 1-2 Liverpool.Liverpool layak ke Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan aggregate 1-5.

Diharapkan persembahan seperti pagi tadi boleh diteruskan dalam baki perlawanan liga dan bagi aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah yang lebih mencabar.Tahniah kepada semua pemain yang bermain bersungguh-sungguh.Bertahan dengan satu unit.Tahniah Liverpool.YNWA.We Are Rivals Not Enemies.

Berikut disediakan penilaian prestasi bagi pemain-pemain Liverpool ketika perlawanan pagi tadi.

Loris Karius. 8

Semakin matang dari segi permainan.Tidak berpeluang untuk menyelamatkan gol pertama.Bantuan daripada seluruh pemain lain berjaya membantu Karius membuat persembahan yang matang dan meyakinkan.

Alexander-Arnold. 9

Persembahan yang baik walaupun menerima kad kuning pada separuh masa pertama bagi memberikan mimpi buruk kepada Leroy Sane dan berjaya meneruskan aksi baiknya ketika perlawanan pertama di Anfield.

Virgil Van Dijk. 8

Menjangka beliau dikasari oleh Sterling sehingga ruang kosong ditinggalkn sehingga memudahkan gerakan gol pendahuluan City.Kecewa dengan keputusan itu,namun cepat menenangkan diri dan berjaya mengawal serangan pemai-pemain City dengan baik.

Dejan Lovren. 9

Melakukan segala-galanya untuk menyekat serangan pemain Manchester City.Bernasib baik tidak mendapat kad selepas melakukan kesalahan kepada Sterling.Hari ini,persembahan yang terbaik bagi beliau untuk Liverpool.

Andrew Robertson. 7

Diuji oleh Bernardo Silva,dan berjaya melakukan tugas dengan tenang dan baik.Persembahan yang biasa di separuh masa pertama,dan menunjukkan peningkatan yang baik di separuh masa kedua.

Gini Wijnaldum. 8

Bermain di posisi yang ditinggalkan Henderson.Agak tenggelam pada separuh masa pertama.Namun menunjukkan peningkatan dengan aksi yang bertenaga selepas rehat sekaligus membantu pertahanan ketika bertahan.

James Milner. 9

Walaupun dah berusia,tapi tenaga yang dicurahkan dalam perlawanan ini sangat-sangat menakjubkan.Adakah die menyentuh bola untuk gol City yang dibatalkan? Siapa yang peduli?

Oxlade Chamberlain. 7

Banyak membantu pertahanan dan tidak ade percubaan bagi Liverpool sehinggalah beliau membuat percubaan pada minit ke-41 dan berpeluang membuat jaringan penyamaan pada minit ke-45 namun sepakannya tersasar.Banyak peningkatan pada babak kedua.

Mohamed Salah. 8

Hampir tidak menyentuh bola sebelum rehat. Dialihkan ke kedudukan tengah di pertengahan babak pertama dan berjaya menghasilkan gol cemerlang sekaligus membunuh semangat pemain dan penyokong City.

Firmino 8

Mendapat kad kuning selepas professional foul terhadap De Bruyne,dan berhati-hati dengan aksinya ketika menuju rehat.Selepas rehat,beliau bertindak lebih cemerlang seperti rakan sepasukan yang lain,dan menjaringkan gol dengan bergaya.

Sadio Mane. 8

Tidak bernasib baik tergelincir dan melanggar Otamendi dan dikenakan kad kuning,dan ia menganggu sdikit aksinya selepas itu.Namun dia bijak mengawal keadaan dan berjaya membantu Salah menjaringkan gol penyamaan selepas membuat gerakan yang cantik ke dalam kotak penalti City sehingga mengelirukan pertahanan dan penjaga gol City

Ragnar Klavan (81)

Masuk untuk memperkemaskan pertahanan dan mengekang serangan City.

Nathaniel Clyne (81)

Masuk untuk memperkemaskan pertahanan dan mengekang serangan City.

Danny Ings. (89)

Tidak dapat dinilai kerana masuk sekejap sahaja.

Penulis asal : Aiman Kassim

“Pihak LMREDS sedang mencari admin untuk page & laman web. Boleh klik link ini untuk (KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAN LANJUT) untuk maklumat lanjut. Elaun topup disediakan.”

Diedit semula oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds